Utusan Borneo (Sarawak)

Petinju muaythai Sarawak lakar pencapaian membanggak­an

-

KUCHING: Petinju- petinju muaythai Sarawak melakarkan pencapaian membanggak­an pada Kejohanan Muaythai Tertutup Antara Kelab & Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 diadakan pada 5 hingga 8 April lalu di Tan Sri Hamzah Arena, Majlis Olimpik Malaysia.

Dengan mempertaru­h seramai 19 petinju atlet pelapis, kontinjen negeri berjaya membawa pulang sembilan emas, empat perak dan tiga gangsa.

Pingat emas Sarawak disumbang Elias Ghazali ( 1415 tahun 57kg), Maurien Hii ( 14- 15 tahun 57kg), Ellyana Awie ( 16- 17 tahun 48kg), Elia Zonia ( Terbuka 57kg Wanita), Muhd Johan Ghazali ( 10- 11 Tahun 38kg), Aurora Chai ( Ter- buka 51kg Wanita), Kabilan Jelevan ( Terbuka 63.5kg Lelaki) dan Mohd Eswandy ( Terbuka 71kg Lelaki).

Perak pula disumbang Syarif Nukman ( 10- 11 tahun 30kg), Rahman Abdullah ( 14- 15 tahun 42kg), Ranti Niza ( Terbuka 45kg Wanita) dan Awangku Abd Rahman ( Terbuka 51kg Lelaki).

Manakala gangsa dirangkul Ayu Adyqa Azmi ( 1415 tahun 45kg), Ayu Arash ( 16- 17 tahun 45kg) dan Dayang Nur Fazedah ( terbuka 48kg Wanita).

Sementara itu, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak ( PMNS), Jumaat Ibrahim harap Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) dan Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak ( KBS) terus menyokong perancanga­n disusun persatuan dalam usaha melahirkan lebih ramai petinju menyinar ke pentas global.

“Saya optimis anak- anak muaythai Sarawak boleh maju serta berkualiti jika mendapat latihan serta bimbingan yang betul secara profesiona­l.

“Justeru, saya harap MSNS dan KBS terus menyokong segala perancanga­n PMNS agar kita dapat memberi peluang pada petinju- petinju muda menempa nama peringkat lebih tinggi,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, PMNS turut berterima kasih kepada semua petinju dan kelab memberi komitmen tinggi bagi menghadiri sesi latihan dirancang oleh MSNS dan persatuan termasuk pengadil dari Sarawak.

 ??  ?? TAHNIAH: Jumaat (lapan kanan) bersama petinju-petinju, pegawai dan jurulatih PMNS pada kejohanan tersebut.
TAHNIAH: Jumaat (lapan kanan) bersama petinju-petinju, pegawai dan jurulatih PMNS pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia