Utusan Borneo (Sarawak)

Russell Crowe perolehi berjutajut­a hasil ‘lelongan perceraian’

-

‘LELONGAN perceraian’ luar biasa pelakon Hollywood Russell Crowe bagi barang peribadi dan memorabili­a filem, termasuk prop ‘Gladiator’ dan seluar dalam kulit haiwan yang dia pakai dalam ‘Cinderella Man’, melebihi jangkaan dan mengaut jutaan dolar untuk bintang Australia itu.

Jualan Sotheby’s bagi lebih 200 barang di Sydney, bertajuk ‘Russell Crowe: The Art of Divorce’, diadakan lewat Sabtu lepas pada harijadiny­a yang ke-54 dan mengaut AUS$3.7 juta (RM11.1 juta).

“Kadar sejam yang bagus juga bagi syif 5 jam,” tweet Crowe selepas lelongan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sotheby’s Australia Gary Singer berkata lelongan itu “amat berjaya sekali”, dengan barang paling popular daripada filem Crow yang memenangi anugerah Oscar ‘Gladiator’.

“Orang jadi gila betul. Ia adalah Crowe-mania,” katanya kepada badan penyiaran televisyen Channel Seven pada Ahad lepas.

Di antara barang yang menjadi rebutan hangat adalah sebuah replica rata Romawi yang berfungsi sepenuhnya dari ‘Gladiator’, yang dianggarka­n dapat dijual dengan harga AUS$10,000 (RM30,000) tetapi naik sehingga AUS$65,000 (RM195,000).

Perisai dada yang dia pakai untuk babak kematianny­a dalam filem itu dijual dengan harga AUS$125,000 (RM375,000) manakala sebilah pedang latihan kayu dijual dengan harga AUS$20,000 (RM60,000) dan sebilah pedang logam dengan harga AUS$70,000 (RM210,000).

Seluar dalam peninju berwarna coklat yang diperbuat daripada kulit haiwan dari filem ‘Cinderella Man’ dijangka menarik AUS$500-AUS$600 (RM1,500-RM1,800) tetapi dijual dengan harga AUS$7,000 (RM21,000).

Crowe membuat penampilan mengejut di lelongan itu sebelum bidaan bagi sebuah biola tahun 1890 yang dicipta oleh tukang lahir dari Itali, Leandro Bisiach Snr, yang dijual dengan harga AUS$135,000 (RM405,000).

“Ia amat menyeronok­kan untuk menganjurk­annya bagi anda,” katanya kepada pembida, dan menambah biola itu, yang dia gunakan sewaktu penggambar­an filem ‘Master and Commander’ pada 2003, “sangat dekat di hati saya”.

Beberapa koleksi hasil seni Crowe turut dilelong dan ‘The Suitor’ daripada pelukis Australia, Charles Blackman, dijual dengan harga AUS$360,000 (RM1.08 juta), selain barang kemas yang dia berikan kepada bekas isterinya Danielle Spencer dan memorabili­a sukan.

Singer berkata Crowe “seorang pengumpul tegar” dan barang berkenaan disimpan oleh selebriti itu di rumah desa dan rumahnya di Sydney.

“Dia ada bilik yang penuh dengan barang dan banyak barang dalam stor,” ujar Singer.

“Anda malah tidak akan tahu kami pernah berada di dalam rumah dan mengambil 227 barang yang kita pamerkan di sini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia