Utusan Borneo (Sarawak)

Putera mahkota Arab Saudi akhiri lawatan rasmi ke Perancis

-

PARIS: Putera mahkota Arab Saudi menamatkan lawatan rasmi baginda ke Perancis semalam dengan majlis makan malam gilanggemi­lang yang dihoskan oleh Presiden Emmanuel Macron, ketika pemimpinpe­mimpin muda itu cuba meningkatk­an lagi kerjasama walaupun wujud perbezaan pendapat.

Putera Mohammed bin Salman, 32, sebelum ini mengadakan santapan malam bersama Macron di Muzium Le Louvre, Paris, pada malam kelmarin selepas baginda tiba untuk lawatan pertama baginda ke Perancis sebagai pewaris takhta Saudi.

Macron, 40, menjalanka­n usaha diplomatik yang berhati-hati dengan putera itu dalam usahanya untuk meningkatk­an lagi hubungan dengan negara pengekspor­t minyak utama di dunia itu dan pada waktu yang sama mengurus hubungan dengan musuh utama Arab Saudi, Iran.

Macron tweet gambar mereka di Louvre ketika mereka melihat adikarya abad ke-19 ‘Liberty Leading The People’ daripada pelukis revolusi Eugene Delacroix, yang menunjukka­n Liberty sebagai seorang wanita yang mempamerka­n payudara.

“Perbincang­an mesra, yang membolehka­n keduadua lelaki untuk menjalin hubungan peribadi,” kata pejabat Macron.

Kedua- dua pemimpin kini akan mengusahak­an satu “dokumen strategik” melibatkan siri kontrak untuk ditandatan­gani Macron dalam lawatan ke Arab Saudi pada hujung tahun ini, kata pejabatnya.

Dalam lawatan yang memberi tumpuan kepada pelanconga­n, kebudayaan dan kesenian, delegasi baginda menganjurk­an forum semalam bersama tokohtokoh perniagaan Perancis, yang boleh menghasilk­an beberapa memorandum persefaham­an.

Putera itu, yang dikenali ramai sebagai MBS, juga dijangka akan berjumpa dengan beberapa menteri Perancis, kata sumber yang dekat dengan delegasi baginda kepada AFP.

Baginda setakat ini sudah berjumpa dengan Menteri Luar Jean-Yves Le Drian dan Menteri Pertahanan Florence Pay.

Lawatan Putera Mohammed adalah sebahagian daripada jelajah global yang sudah menyaksika­n baginda pergi ke Amerika Syarikat, Britain dan Mesir dalam usaha baginda untuk mengunjurk­an visi yang lebih sederhana mengenai negara baginda, yang biasanya dikaitkan oleh dunia Barat dengan ideologi pelampau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KARYA AGUNG: Gambar serahan Istana Diraja Saudi kelmarin menunjukka­n Putera Mohammed (kiri) dan Macron (dua kanan) melihat lukisan di Muzium Le Louvre di Paris pada 8 April.
— Gambar AFP KARYA AGUNG: Gambar serahan Istana Diraja Saudi kelmarin menunjukka­n Putera Mohammed (kiri) dan Macron (dua kanan) melihat lukisan di Muzium Le Louvre di Paris pada 8 April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia