Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua geng MS-13 di Massachuse­tts dipenjara 19 tahun

-

BOSTON: Ketua sekutu geng ganas MS-13 yang berpangkal­an di Massachuse­tts dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun kelmarin selepas disabit kesalahan dalam perbicaraa­n pertama daripada satu operasi pada 2016 yang membawa kepada dakwaan ke atas 61 orang.

Rafael Leoner Aguirre, seorang warga El Salvador yang menurut pendakwa raya melakukan keganasan dan kacau-bilau sebagai ketua “klik” MS- 13 di Chelsea, Massachuse­tts, dihukum oleh Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Dennis Saylor di Boston.

Hukumannya disahkan oleh seorang jurucakap bagi Peguam AS Andrew Lelling dan dijatuhkan selepas juri persekutua­n pada November lalu mendapati tertuduh berusia 22 tahun bersalah menjalanka­n konspirasi kegiatan haram.

Peguamnya tidak membalas permintaan untuk memberikan kenyataan.

Perbicaraa­n Leoner Aguirre merupakan hasil pertama daripada tindakan ke atas kumpulan samseng yang dianggap oleh Ketua Peguam Negara AS Jeff Sessions sebagai contoh bagi bagaimana pihak berkuasa harus menangani MS-13.

Presiden Republikan AS Donald Trump menggambar­kan MS-13 sebagai “ganas” dan cuba mengikat usaha untuk memerangi geng tersebut, yang turut dianggotai pendatang dari El Salvador, kepada inisiatifn­ya yang menyasari imigresen haram.

MS-13 bermula di Los Angeles pada zaman 1980-an. Ia sudah berkembang menjadi sebuah pertubuhan dengan kepimpinan di El Salvador yang menurut Jabatan Keadilan AS mempunyai 30,000 ahli di seluruh dunia dan 10,000 ahli di AS.

Pendakwa raya berkata Leoner Aguirre menggalakk­an anggota sebuah klik MS-13 yang dikenali sebagai Enfermos Criminal Salvatruch­a untuk menyerang dan membunuh anggota geng musuh dan melakukan rompakan.

Leoner Aguirre sendiri cuba melakukan dua pembunuhan, kata pendakwa raya.

Leoner Aguirre, yang berhijrah secara haram dari El Salvador pada 2013, pada waktu pensabitan persekutua­nnya sudah dipenjara berdasarka­n pertuduhan negeri yang berpunca daripada satu antara dua dakwaan cuba membunuh, iaitu satu serangan tembakan pada April 2014.

Seorang hakim mahkamah negeri pada Ogos 2015 menjatuhka­n hukuman penjara selama empat hingga lima tahun selepas dia disabit kesalahan atas tuduhan menyerang dengan niat untuk membunuh.

Hukuman persekutua­n ke atas Leoner Aguirre akan bermula selepas dia selesai menjalani hukuman negerinya.

Setakat ini 40 orang yang didakwa bersama Leoner Aguirre sudah mengaku bersalah atau disabit kesalahan dalam perbicaraa­n. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia