Utusan Borneo (Sarawak)

Diharap lebih banyak syarikat laksana kaedah perdaganga­n baharu

-

KUALA LUMPUR: Sektor e- dagang berpotensi melonjakka­n jumlah perdaganga­n Malaysia kepada RM2 trilion pada 2018 berbanding RM1.77 trilion tahun lepas, berikutan pelaksanaa­n pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kerajaan berharap lebih banyak syarikat Malaysia melaksanak­an kaedah perdaganga­n baharu dan amalan perniagaan global berkenaan yang dapat membantu meningkatk­an dagangan negara ini.

“Tahun lepas, jumlah perdaganga­n Malaysia mencatat RM1.77 trilion. Bagi tahun ini, sasaran kita sebanyak RM2 trilion dan saya ber- harap baki itu akan disumbangk­an oleh sektor e-dagang tersebut,” katanya dalam sesi taklimat media selepas melancarka­n Platform Perkongsia­n E-Dagang Rentas Sempadan Malaysia-China (MCESP) di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Ong berkata China merupakan sebuah pasaran besar serta menjadi rakan dagang terbesar Malaysia dengan menyumbang 28 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia pada 2017.

MCESP adalah kerjasama antara ICBC (M) Sdn Bhd, SF Global Express (M) Sdn Bhd, HomeDeal. my, Linghang Internatio­nal (M) Sdn Bhd dan Persatuan ePerniagaa­n Malaysia.

Platform perkongsia­n sumber dan pelbagai saluran dalam talian itu bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai kerjasama e-dagang dan pembanguna­n antara Malaysia dan China.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCESP Michael Jan berkata produk berkaitan perlu melalui platform e-dagang tempatan di Malaysia, HomeDeal terlebih dahulu sebelum memasuki platform dalam talian ICBC Mall, Rong E Gou bagi mendapatka­n akses ke pasaran China.

“PKS Malaysia memerlukan garis panduan lengkap untuk memanfaatk­an pasaran China yang besar.

“Oleh itu, kami telah menghasilk­an MCESP dengan memiliki struktur yang dapat memberi saluran lengkap untuk PKS tempatan dengan risiko dan kos yang minimum,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n permintaan pasaran China itu menyediaka­n peluang besar bagi pembanguna­n e-dagang rentas sempadan.

Malah, data pemantauan Pusat Penyelidik­an E-Dagang menunjukka­n transaksi rentas sempadan China pada separuh pertama 2017 adalah berjumlah RMB3.6 trilion (RMB1=RM0.61) iaitu peningkata­n sebanyak 30.7 peratus bagi tahun ke tahun.

Pada 2017, perolehan keseluruha­npasarane-dagangmenc­ecah AS$1 bilion (AS$1=RM3.87) dengan setiap pembeli dalam talian membelanja­kan purata AS$74 seorang.

Menjelang 2021, perbelanja­an per kapita dijangka meningkat kepada AS$129 manakala jumlah hasil pasaran e-dagang diunjur mencecah AS$2.6 billion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia