Utusan Borneo (Sarawak)

Kondo dan rumah teres di Melaka dan Johor miliki peningkata­n modal tertinggi

-

KUALA LUMPUR: iPropertyI­Q.com, syarikat perkhidmat­an penyelesai­an data besar dan jabatan kelolaan iProperty.com.my Malaysia Sdn Bhd, telah menyenarai­kan Melaka serta Johor dalam ‘kondominiu­m dan rumah teres lima terbaik’ yang memiliki peningkata­n modal tertinggi di Malaysia pada 2017.

iProperty.com dalam satu kenyataan semalam, berkata senarai itu dibuat berdasarka­n data jualan yang diambil daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Hartanah (JPPH), Kementeria­n Kewangan, dengan mengambil kira pertumbuha­n nilai hartanah tertinggi tahunan dari Oktober 2016 sehingga September 2017 di seluruh negara.

“Pangsapuri Casa Lago, sebuah projek kondominiu­m di Melaka, yang meningkat sebanyak 26.7 peratus, mencatatka­n peningkata­n modal tertinggi bagi kondominiu­m pada 2017,” katanya.

Ini diikuti dengan kondominiu­m di Lembah Klang iaitu Serdang Sky Villa (26.6 peratus), Maisson Residence di Ara Damansara ( 20.4 peratus), 8 Kinrara Service Apartment (15.7 peratus) dan Casa USJ1 (15.2 peratus).

Katanya, dalam kategori rumah teres, Johor berada pada empat kedudukan pertama iaitu Taman Desaru Utama di Kota Tinggi, Johor, yang naik pada kadar sebanyak 54.8 peratus, mendahului senarai 2017.

“Ini diikuti dengan Taman Melawati di Skudai (54.1 peratus), Taman Tangkak Jaya (51.8 peratus) dan Taman Mewah Kulai (50.2 peratus),” katanya.

Portal hartanah itu berkata Taman Kledang Menglembu di Ipoh, menjadi satu-satunya projek bukan dari Johor, yang berada pada tempat kelima senarai berkenaan.

Katanya, data daripada JPPH secara rasmi merekodkan transaksi hartanah, sebaik sahaja duti setem untuk perjanjian jual beli dibayar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia