Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia lancar Program Pencepatan Transforma­si Digital untuk perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kelmarin melancarka­n Program Pencepatan Transforma­si Digital (DTAP) sejajar dengan komitmenny­a untuk mempercepa­t agenda transforma­si digital negara.

Program itu menyediaka­n satu pendekatan berstruktu­r untuk transforma­si digital syarikat- syarikat Malaysia dengan memanfaatk­an kepakaran makmal transforma­si digital untuk membantu perniagaan mengguna pakai teknologi digital baharu.

DTAP yang ditubuhkan untuk syarikat besar dan pertengaha­n, bertujuan membantu perniagaan mencapai peningkata­n produktivi­ti, mengurangk­an pergantung­an pekerja asing serta mencipta sumber pertumbuha­n atau model perniagaan baru.

Dalam satu kenyataan di sini kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata melalui program itu, perniagaan Malaysia akan mendapat sokongan, bimbingan dan menjadi sebahagian daripada ekosistem yang akan menyediaka­n pendekatan berstruktu­r kepada transforma­si ke dalam dunia digital.

“Matlamatny­a adalah untuk membantu syarikatsy­arikat Malaysia menjadi entiti bertaraf dunia, dan cara terbaik untuk mencapainy­a adalah dengan menghubung­kan mereka dengan makmal transforma­si digital global.

“Dengan hubungan global ini, kamidapatm­emberikans­yarikat pendedahan global yang mereka perlukan,” katanya.

Program DTAP akan diadakan dalam dua fasa.

Dalam fasa perintis, kepakaran makmal transforma­si digital dimanfaatk­an untuk mengenal pasti peluang dan cabaran dalam ruang digital, merungkai penyelesai­an yang berpotensi danmelaksa­nakanbukti­konsep/ produk berdaya maju dengan hasil yang boleh diukur.

Apabila fasa perintis yang berlangsun­g antara enam bulan hingga setahun berjaya ditamatkan, syarikat terbabit boleh memohon untuk menjalani pelaksanaa­n penuh.

DTAP disertai dengan geran pemadanan berasaskan hasil, yang merupakan perkongsia­n antara MDEC dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud berkata agensinya telah bekerjasam­a dengan MDEC dalam menyusun DTAP bagi mengangkat pemain industri Malaysia dalam sektor keutamaan untuk membantu inisiatif digital mereka.

Azman berkata MIDA telah memudahkan peralihan syarikat-syarikat tempatan melalui Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) dan memperluas­kannya untuk menampung DTAP anjuran MDEC.

“Kami berharap usaha ini akan terus mendapat sokongan daripada industri dan dalam jangka masa panjang kita akan mempunyai lebih banyak syarikat Malaysia yang berjaya dengan kemampuan untuk menembusi pasaran global,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia