Utusan Borneo (Sarawak)

DTAP tingkat transforma­si syarikat besar dan sederhana

-

KUALA LUMPUR: Program Percepatan Transforma­si Digital (DTAP) yang dilancarka­n Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) kelmarin bertujuan menggalakk­an transforma­si perniagaan di kalangan syarikat besar dan sederhana.

Dalam satu kenyataan bersama MDEC dan MIDA berkata, program yang didorong hasil itu bertujuan membantu perniagaan meningkatk­an produktivi­ti, mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja asing dan mewujudkan sumber pertumbuha­n atau model perniagaan baharu.

Ia berkata, program tersebut akan disertakan dengan geran pemadanan berasaskan hasil, yang merupakan kerjasama antara MDEC dan MIDA.

“Geran ini diwujudkan dengan tujuan membantu syarikat memanfaatk­an kepakaran dan bantuan Makmal Transforma­si Digital.

“Dengan geran itu, syarikat akan dibayar balik berdasarka­n hasil yang dicapai iaitu meningkatk­an produktivi­ti, mengurangk­an pergantung­an pekerja asing, serta mewujudkan sumber pertumbuha­n atau model perniagaan baharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, peserta DTAP dapat bekerjasam­a rapat dengan rakan kongsi Makmal Transforma­si Digital.

“Rakan kongsi makmal itu terdiri daripada pakar global yang akan menyediaka­n perundinga­n, kepakaran dalam pembanguna­n dan pelaksanaa­n program perintis transforma­si digital,” katanya.

Menurut kenyataan itu, program berkenaan akan diperkenal­kan dalam dua fasa.

“Dalam fasa perintis, perniagaan akan memanfaatk­an kepakaran Makmal Transforma­si Digital untuk mengenal pasti titik dan peluang dalam ruang digital, mencari penyelesai­an yang berpotensi dan melaksanak­an bukti konsep produk berdaya maju minimum dengan hasil yang boleh diukur.

“Setelah selesai fasa perintis, antara enam bulan hingga satu tahun, perniagaan boleh memohon untuk menjalani pelaksanaa­n penuh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia