Utusan Borneo (Sarawak)

19 usahawan pemula niaga lulus daripada program ADSA

-

KUALA LUMPUR: Seramai 19 usahawan pemula niaga dalam bidang pendataan telah dilahirkan daripada Penderas Pemula Niaga Data ASEAN (ADSA), satu program kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) dan Open Data Institute (ODI) dari United Kingdom.

ADSA merupakan program penderas selama enam bulan untuk membantu usahawan pemula niaga ASEAN mewujudkan rangkaian, perniagaan dan kemahiran data melalui beberapa siri bengkel yang dijalankan di Bursa Data Analitik ASEAN (ADAX) di sini.

MDEC dalam satu kenyataan semalam, berkata ADSA telah menerima sejumlah 110 permohonan daripada 110 syarikat pemula niaga serantau dan antarabang­sa pada 2017, sebanyak 10 syarikat pemula niaga Malaysia dan 10 dari ASEAN telah disenarai pendek untuk program berkenaan.

“Beberapa syarikat pemula niaga telah menarik perhatian beberapa institusi besar seperti Allianz Malaysia Bhd, Axiata Business Services Sdn Bhd dan Pusat Penyelidik­an Teknologi Nano & Katalisis Universiti Malaya,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng, berkata ADSA akan menjadi platform terbaik bagi mempromosi­kan celik data termasuk memupuk kemahiran analisis data yang besar (BDA) serta kecerdasan buatan, yang amat penting untuk pertumbuha­n ekonomi digital tempatan dan serantau.

Sementara itu, Ketua Pemula Niaga ODI, Orsola de Marco, berkata Malaysia dan ASEAN secara umum merupakan kawasan terbaik bagi data pemboleh inovasi.

“Idea bahawa data membolehka­n inovasi jika ia dikongsi secara meluas merupakan satu konsep baharu, dan kami gembira bahawa usahawa dalam program itu telah mula mengambil langkah untuk meletakkan BDA di tengah-tengah perniagaan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia