Utusan Borneo (Sarawak)

Shell diharap babitkan lebih banyak sektor untuk berkongsi budaya keselamata­n dengan komuniti

-

KOTA KINABALU: Shell diharap terus mempergiat­kan kempen keselamata­n jalan raya di Sabah dan menjangkau lebih banyak sektor bagi menjalanka­n usaha itu selain daripada persatuan teksi dan e-hailing.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata keselamata­n jalan raya adalah satu isu yang harus dipandang tinggi kerana mempunyai kaitan dengan aktiviti pelanconga­n dalam negeri.

“Kami amat menghargai kerjasama ini dan saya memuji inisiatif Shell untuk melibatkan bukan sahaja pelajar sekolah tetapi juga pemandu teksi, menganjurk­an keselamata­n jalan raya serta berkongsi budaya keselamata­n dengan komuniti ini.

“Shell sebagai syarikat minyak dan gas yang bertanggun­gjawab mengutamak­an keselamata­n sebagai aspek penting dalam semua operasinya telah mengambil langkah ini untuk berkongsi kepakaran keselamata­n mereka kepada komuniti.

“Ia kerana, pemandu teksi termasuk mereka yang berada dalam perkhidmat­an e-hailing bertanggun­gjawab untuk memastikan pelanggan sampai ke destinasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program #ShellSelam­atSampai (#SSS) di sini pada Isnin.

Joniston berharap semua sektor yang mempunyai kaitan dengan pelanconga­n termasukla­h pemandu teksi dan e-hailing memainkan peranan mereka dalam membekalka­n perkhidmat­an pengangkut­an selesa dan selamat.

Beliau berkata mereka adalah duta bagi memastikan pelancong atau pelanggan mereka selamat ketika menggunaka­n perkhidmat­an itu.

“Dengan menguruska­n kese- lamatan jalan raya akan memberi kesan kepada reputasi negeri sebagai destinasi pelanconga­n kerana keselamata­n jalan raya adalah tanggungja­wab semua orang dan marilah kita terus menyokong agenda keselamata­n jalan raya untuk semua.

“Pelanconga­n adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Sabah yang mana pada tahun lalu kita menerima sejumlah 3.684 juta pelancong iaitu peningkata­n lebih 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, wakil kanan Shell Prithipal Singh, Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah Arfian Julian, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ismail Ali dan Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sabah Janet David.

 ??  ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Joniston (dua kiri) dan Yeo (tiga kiri) melawat tapak pameran yang dibuka pada Program #ShellSelam­atSampai (#SSS).
UTAMAKAN KESELAMATA­N: Joniston (dua kiri) dan Yeo (tiga kiri) melawat tapak pameran yang dibuka pada Program #ShellSelam­atSampai (#SSS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia