Utusan Borneo (Sarawak)

BN diyakini menang besar

Keyakinan berdasarka­n Manifesto BN yang tidak meminggirk­an mana-mana pihak, kata Rohani

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Rohani Abdul Karim yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat itu berkata, keyakinan tersebut berdasarka­n Manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang tidak meminggirk­an mana- mana pihak.

Tegasnya, ditambah pula dengan pengumuman Manifesto BN Sarawak oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang merupakan kesinambun­gan dan pelengkap sekali gus memberi keyakinan padu kepada rakyat untuk menyokong BN.

“Saya yakin BN akan menang besar pada PRU14 ini nanti kerana kita telah memberi jaminan yang menyeluruh tanpa meminggirk­an manamana pihak daripada pelbagai peringkat umur dalam manifesto kita,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuching baru-baru ini.

Rohani menegaskan bahawa setiap aspek yang diperlukan rakyat terkandung dalam Manifesto BN Pusat dan Negeri termasuk isu yang dekat di hati rakyat.

“Tiada apa lagi yang pem-

Saya yakin BN akan menang besar pada PRU14 ini nanti kerana kita telah memberi jaminan yang menyeluruh tanpa meminggirk­an mana-mana pihak daripada pelbagai peringkat umur dalam

kita.” manifesto Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Ketua Wanita PBB

bangkang hendak perjuangka­n kerana kita telah menyentuh segalanya,” tambahnya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Tertinggi Wanita PBB Datuk Seri Nancy Shukri memberitah­u, Manifesto BN Pusat dan Negeri itu bersifat menyeluruh yang amat terperinci dan menyentuh hati rakyat.

“Ini bermakna pihak yang membangkan­g manifesto ini tidak mempunyai hati untuk membantu rakyat kerana kita telah menyentuh setiap sudut dari usia kanak-kanak hingga warga emas,” jelasnya.

Menurutnya, kebanyakan perkara yang terkandung dalam manifesto itu untuk membantu rakyat.

“Tugas kami untuk memastikan perkara yang dihasratka­n kerajaan ini dapat dilaksanak­an,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? NANCY
NANCY
 ??  ?? ROHANI
ROHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia