Utusan Borneo (Sarawak)

MANGSA BERITA PALSU

Dakwaan Imperial Hotel, Miri terbakar adalah berita palsu.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Dakwaan menyatakan bahawa Imperial Hotel di sini terbakar menerusi satu video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial semalam disahkan berita palsu disebarkan individu tidak bertanggun­gjawab.

Imperial Hotel menerusi kenyataan dikeluarka­n di laman Facebookny­a semalam mengesahka­n bahawa video tersebut sama sekali tidak berkaitan dengan mana-mana Imperial Group of Hotels di Sarawak.

“Imperial Hotel, Miri amat menghargai keprihatin­an orang awam terhadap isu video tular tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong ketika dihubungi semalam memberitah­u bahawa kejadian kebakaran tular menerusi video itu berlaku di Jambi, Indonesia.

“Saya menasihati orang awam agar tidak sewenang-wenangnya menularkan berita tidak benar dalam laman sosial atau aplikasi sembang sosial, apa lagi apabila menyatakan nama tempat dan nama bangunan.

“Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykila­n hubungi terus balai bomba terdekat untuk mendapatka­n pengesahan sebelum menularkan kes yang tidak berlaku di Miri,” katanya.

Law berkata, tindakan menyebarka­n berita palsu boleh membawa padah kepada tukang sebar, kerana pihak tertentu boleh mengambil tindakan sepatutnya.

“Lebih memalukan jika tukang sebar itu adalah dari Miri kerana dia sendiri tidak ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling­nya,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai agar mengurangk­an dan mengawal pembakaran terbuka ketika cuaca panas.

Jika berlaku kecemasan, orang awam boleh menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri di talian 085-420991 dan BBP Lopeng di talian 085-422973.

 ??  ?? PALSU: Kebakaran didakwa berlaku di Miri sebenarnya adalah berita palsu. PENJELASAN: Imperial Hotel, Miri mengeluark­an kenyataan di laman Facebook mereka menafikan hotel berkenaan terbakar.
PALSU: Kebakaran didakwa berlaku di Miri sebenarnya adalah berita palsu. PENJELASAN: Imperial Hotel, Miri mengeluark­an kenyataan di laman Facebook mereka menafikan hotel berkenaan terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia