Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis tidak terlibat pada PRU14 tetap melaksanak­an tugas di balai masing-masing 7,000 anggota polis dikerah ke pusat mengundi

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Polis negeri akan mengerahka­n seramai 7,000 daripada 9,000 anggotanya ke semua pusat mengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata anggota polis yang tidak terlibat pada PRU14 tetap melaksanak­an tugas mereka di balai masing-masing.

“Bagi mereka yang dihantar ke pusat mengundi di kawasan pedalaman, kami memastikan mereka berada di sana tiga hari sebelum hari penamaan calon dan hari mengundi.

“Ini untuk memastikan mereka membiasaka­n diri dengan tempat ditugaskan,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sibu antara ASP Sylvarius Gopog dan DSP Benedict Faris Jimoy di sini petang semalam.

Sehubungan itu, pihaknya

Bagi mereka yang dihantar ke pusat mengundi di kawasan pedalaman, kami memastikan mereka berada di sana tiga hari sebelum hari penamaan calon dan hari mengundi. Datuk Amer Awal Pesuruhjay­a Polis Sarawak

juga memastikan semua aset polis siap sedia sebelum PRU14 ini.

Amer berkata, secara keseluruha­nnya mereka kini bersedia sepenuhnya menghadapi Hari Pengundian ditetapkan pada 9 Mei.

Sementara itu, DSP Benedict Faris Jimoy dilantik sebagai KBSJD baharu untuk daerah Sibu.

Benedict mengambil alih jawatan itu daripada ASP Sylvarius Gopog yang memangku jawatan itu sebelum ini.

Sebelum ini, Benedict, 42, juga memegang jawatan sama di IPD Bau sejak 2010.

Beliau menyertai pasukan polis pada 1997 sebagai inspektor percubaan di Pusat Latihan Polis Kuching.

Setahun kemudian, beliau menjadi pegawai polis trafik di Gombak, Selangor sehingga 2010.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mimi Farieza, 41 dan dikurniaka­n lima cahaya mata berumur antara dua hingga 16 tahun.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dan Timbalanny­a Superinten­den Martin Koo.

 ??  ?? SERAH TERIMA TUGAS: Sylvarius menyerah tugas kepada Benedict sambil disaksikan Amer di Sibu petang semalam.
SERAH TERIMA TUGAS: Sylvarius menyerah tugas kepada Benedict sambil disaksikan Amer di Sibu petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia