Utusan Borneo (Sarawak)

30 April ini sebutan lanjut kes bunuh Bill Kayong

-

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 April ini sebutan lanjut bagi mendengar perkembang­an kes rayuan berhubung pembebasan tiga tertuduh kes bunuh aktivis sosial, Bill Kayong.

Penetapan tarikh itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah mendengar permohonan dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fuad Abdul Aziz.

Dalam permohonan­nya, beliau memohon ditetapkan satu tarikh baharu sebutan kes sementara menunggu arahan lanjut pihak atasan sama ada memfailkan rayuan berhubung pembebasan tiga tertuduh terbabit ke Mahkamah Persekutua­n atau sebaliknya.

Ini berikutan rayuan difailkan oleh pendakwaan sebelum ini ditolak Mahkamah Rayuan, Kuching.

Mohamad Fitri Pauzi, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan sehingga menyebabka­n kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh jam 8.20 pagi, pada 21 Jun 2016 di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n pasar raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Pada 6 Jun 2017, Hakim Ravinthan N.Paramaguru mendapati pendakwa berjaya mengemukak­an kes prima facie terhadap Fitri dalam kes ini, justeru memerintah­kannya supaya membela diri.

Pada tarikh sama, beliau memutuskan tertuduh Lie Chang Loon, Chin Wei Chung dan Datuk Stephen Lee masing- masingnya merupakan tertuduh kedua, ketiga dan keempat dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan bersuba- hat membunuh Bill Kayong setelah mendapati tiada bukti kukuh mengaitkan mereka dengan kesalahan didakwa.

Bagi kesalahan itu, Lie, 38, dari Taman Pin Fook; Chin, 51, dari Lorong 5 Krokop dan Stephen, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing- masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama turut memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam kes itu, ketigatiga tertuduh dituduh bersubahat dengan seorang lagi masih bebas mengupah Fitri membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Mahkamah kemudian memerintah­kan Fitri ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia