Utusan Borneo (Sarawak)

Tenaga diperbahar­ui memacu pertumbuha­n ekonomi Sarawak

Ekonomi miliki tenaga lestari potensi terbaik pertumbuha­n mampan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pertumbuha­n sektor tenaga diperbahar­ui akan memacu pertumbuha­n ekonomi Sarawak untuk jangka panjang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia kerana ekonomi yang mempunyai banyak tenaga lestari adalah ekonomi yang mempunyai potensi terbaik untuk pertumbuha­n mampan dalam jangka panjang.

“Sarawak baru- baru ini telah melancarka­n Strategi Digital Sarawak 2018-2022 untuk melancarka­n ekonomi belia terhadap ekonomi digital dan masa depan Sarawak akan menjadi satu yang menarik dengan rakyat Sarawak berharap untuk merangkul transforma­si ekonomi digital ini.

“Sarawak memerlukan tenaga untuk menjayakan ekonomi digital dan tiada yang lebih baik selain tenaga diperbahar­ui,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabang­sa (ISES) 2018 yang dihadiri Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah penganjura­n ISES 2018 adalah

Sarawak memerlukan tenaga untuk menjayakan ekonomi digital dan tiada yang lebih baik selain tenaga diperbahar­ui. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

amat bertepatan dengan misi negeri ke arah transforma­si ekonomi digital.

“Perkongsia­n pengetahua­n dan idea anda semua dalam acara dua hari ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri anda sendiri tetapi menjadi sumbangan besar kepada negeri ini untuk perjalanan sepanjang merealisas­ikan tenaga digital,” tegasnya.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada penganjur ISES kerana menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama penganjura­n di luar Lembah Klang.

ISES 2018 merupakan anjuran Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia di bawah Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama Kementeria­n Utiliti Sarawak.

“Anda semua berada di sini untuk misi penting, yang akan menyumbang ke arah kejayaan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabang­sa (ISES) 2018 yang diadakan buat kali pertama di luar Lembah Klang.

“Untuk ini, Kerajaan Sarawak ingin mengucapka­n terima kasih kepada KeTTHA dan SEDA kerana membawa sidang kemuncak ini ke Sarawak dan ia satu penghormat­an untuk menjadi tuan rumah acara antarabang­sa yang berprestij,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Uggah (empat kanan) menerima cenderamat­a sebagai penghargaa­n daripada Dr Rundi (tiga kanan) yang juga pengerusi pengelola ISES 2018 sambil disaksikan tetamu jemputan lain sempena Majlis Makan Malam ISES, malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Uggah (empat kanan) menerima cenderamat­a sebagai penghargaa­n daripada Dr Rundi (tiga kanan) yang juga pengerusi pengelola ISES 2018 sambil disaksikan tetamu jemputan lain sempena Majlis Makan Malam ISES, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia