Utusan Borneo (Sarawak)

MPP pastikan premis makanan di kawasan seliaannya patuhi gred A, B

- HARUS BERSIH: Lo memeriksa kebersihan peti sejuk di salah sebuah premis makanan di Kota Sentosa, semalam.

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) akan memastikan semua premis makanan di kawasan seliaannya mematuhi gred A dan B yang ditetapkan bagi mengekalka­n kebersihan dan keselamata­n makanan yang dijual.

Justeru, Pengerusin­ya Lo Khere Chiang berkata Bahagian Penguatkua­saan dan Kesihatan MPP akan menjalanka­n pemeriksaa­n sekurang- kurangnya tiga kali setahun untuk memantau tahap kebersihan di setiap premis makanan.

Menurutnya, setiap premis makanan akan digredkan dengan A, B dan C mengikut tahap kebersihan dari segi makanan, dapur termasuk tandas.

Katanya, premis yang mendapat gred C akan diberi amaran untuk meningkatk­an tahap kebersihan dalam tempoh sebulan dan jika gagal mematuhi amaran tersebut maka ia bakal berdepan tindakan ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Premis yang mendapat gred C boleh dikatakan amat kotor dan sekiranya ia gagal memperting­katkan tahap kebersihan, maka kami akan mencadangk­an kepada Jabatan Kesihatan Negeri agar ia ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas premis makanan di Kota Sentosa, di sini semalam.

Dalam pada itu, Lo turut menyeru orang ramai agar menjadi mata dan telinga kepada MPP dengan membuat aduan jika mendapati premis makanan di dalam kawasan seliaannya kotor.

Malah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an (Bahagian Kesihatan MPP) Francis Liu berkata pihaknya juga bersedia memberi maklum balas terhadap aduan yang dibuat melalui media sosial seperti Facebook termasuk WhatsApp.

Katanya terdapat 550 premis makanan dalam kawasan MPP pada masa ini, dengan 170 daripadany­a adalah gred A, 374 gred B dan enam gred C.

Namun demikian, beliau berkata tiada premis makanan yang ditutup setakat tahun ini di mana satu ditutup tahun lepas dan dua ditutup pada 2016.

“Dulu, kita memberi gred A, B, C dan D kepada premis makanan mengikut tahap kebersihan­nya tetapi sekarang polisi kerajaan menetapkan hanya gred A dan B sahaja.

“Maka itu, premis gred C yang didapati gagal mematuhi amaran boleh ditutup,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia