Utusan Borneo (Sarawak)

90 pelajar terima baucar pakaian seragam sekolah sumbangan Yayasan Sarawak

-

KUCHING: Seramai 90 pelajar menerima baucar pakaian seragam sekolah sumbangan Yayasan Sarawak yang disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Majlis penyerahan baucar pakaian seragam sekolah tersebut berlangsun­g di Dewan Sekolah Kebangsaan ( SK) Bumiputera Lundu baru- baru ini dan merupakan yang pertama bagi tahun 2018.

Penerima terdiri daripada pelajar terpilih daripada ahli isi rumah yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.

Dalam ucapannya, Jamilah berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat soal kebajikan anak- anak sekolah di negeri ini.

‘ Oleh yang demikian kerajaan negeri telah menaikkan kadar nilai baucar tersebut daripada RM100 kepada RM200 bagi meringanka­n beban ibu bapa dalam menyediaka­n keperluan pakaian seragam sekolah untuk anak- anak,” katanya.

Jamilah turut berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Yayasan Sarawak kerana telah memberi sumbangan baucar tersebut kepada murid di kawasan N.3 Tanjong Datu.

Ujar beliau lagi, usaha sebegini adalah salah satu contoh konsep ‘hybrid’ di mana ia membabitka­n penglibata­n bersama dan bersepadu antara Yayasan Sarawak bersama Pejabat Residen dan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah satu inisiatif pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Beliau menyeru ibu bapa agar menggunaka­n baucar tersebut dengan sebaik mungkin untuk mendapatka­n pakaian seragam sekolah dengan kuantiti dan kualiti yang setimpal dengan nilai baucar tersebut.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah pen- yampaian geran projek kecil luar bandar ( MRP) kepada organisasi- organisasi terpilih di kawasan Tanjong Datu dan Baucar Buku Latihan Tubi 2018 kepada SMK Lundu dan SMK Sematan.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusri­e Awang Redzuan dan Pegawai Pendidikan Daerah Lundu Poniman Bejok.

 ??  ?? TERIMALAH: Jamilah menyampaik­an baucar pakaian seragam kepada Pengetua SMK Sematan di Dewan SK Bumiputera Lundu, baru-baru ini.
TERIMALAH: Jamilah menyampaik­an baucar pakaian seragam kepada Pengetua SMK Sematan di Dewan SK Bumiputera Lundu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia