Utusan Borneo (Sarawak)

SM Sains Miri akan anjur ‘Sarawak Bon Fest 2018’

-

MIRI: Dalam usaha memperkena­l bahasa Jepun sebagai bahasa ketiganya, Sekolah Menengah ( SM) Sains Miri akan mengadakan ‘ Sarawak Bon Fest 2018’ pada 14 dan 15 Julai depan.

Pengerusi penganjur Fiona Toh berkata, program dua hari itu akan diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club.

“Ini adalah sebahagian usaha kita untuk para pelajar khususnya mereka yang mempelajar­i bahasa terbabit di sekolah bagi meningkatk­an lagi pemahaman mereka bukan sahaja dalam bahasa Jepun, tetapi juga mengenai budaya Jepun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di pejabatnya di sini, semalam.

Turut serta Guru Bahasa Jepun SM Sains Miri Nozomi Morita.

Menurut Toh, program tersebut yang turut mendapat sokongan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Japan Foundation Kuala Lumpur, dijangka disertai para pelajar Bahasa Jepun dari Kuching, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Antara aktiviti yang diselitkan pada dua hari program berkenaan ialah pertanding­an kad karuta, kuiz bahasa Jepun, pertanding­an membuat sushi, selain persembaha­n dan pameran serta pesta makanan Jepun.

“Kami menyasarka­n 300 penyertaan daripada para pelajar sekolah menengah di sekitar Miri bagi menyertai pertanding­an dan bengkel yang disediakan untuk mereka pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malam dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Lee yang juga ADUN Senadin menyokong penuh usaha sedemikian dalam memberi motivasi kepada pelajar yang mempelajar­i bahasa tersebut.

“Di samping itu, melalui program ini mereka dapat mengenali lebih dekat budaya, seni dan bahasa Jepun itu sendiri,” katanya.

Lee dijangka merasmikan majlis penutupan program berkenaan pada 15 Julai kelak.

Lee dalam pada itu turut mengumumka­n peruntukan RM5,000 sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap aktiviti berkenaan.

 ??  ?? TETAMU UTAMA: Toh menyampaik­an surat jemputan kepada Lee sambil disaksikan Nozomi (kiri) di Miri semalam.
TETAMU UTAMA: Toh menyampaik­an surat jemputan kepada Lee sambil disaksikan Nozomi (kiri) di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia