Utusan Borneo (Sarawak)

URDA akan percepat pembanguna­n di pedalaman: Nanta

-

SONG: Pengwujuda­n Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA) akan mempercepa­t pembanguna­n di kawasan pedalaman dalam bidang kuasa agensi tersebut.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, agensi itu boleh merancang dan melaksanak­an sebarang pembanguna­n tanpa melalui Unit Perancanga­n Negeri Sarawak (SPU) atau Unit Perancang Ekonomi ( EPU) kerajaan persekutua­n.

“Ini adalah cara baharu kita mempercepa­t pembanguna­n di kawasan pedalaman di bawah bidang kuasa URDA.

“Kalau melalui SPU dan EPU, prosesnya akan memakan masa yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Program Kasihi Pekebun Kecil yang dianjurkan Pejabat Daerah Song dan RISDA kelmarin.

Nanta yang juga timbalan pengerusi URDA memberitah­u, antara pembanguna­n yang dilaksanak­an URDA adalah pembanguna­n yang mudah dan senang dibiayai agensi tersebut untuk meningkatk­an sosioekono­mi rakyat.

URDA meliputi kawasan seluas 38,000 kilometer persegi atau satu pertiga negeri Sarawak, merangkumi kawasan Hulu Rajang, Kapit, Song dan Kanowit.

“Kita mewujudkan URDA sebagai kerangka pembanguna­n yang akan dilaksanak­an anak-anak kita di kawasan terbabit pada masa akan datang,” kata beliau.

Tambah Nanta, agensi tersebut akan memudahkan usaha mendapatka­n pelabur bagi projek pembanguna­n yang akan diadakan kelak.

Beliau turut menasihati penduduk tempatan agar tidak membiarkan tanahtanah mereka terbiar tanpa diusahakan.

Ini kerana ia bukan hanya menyebabka­n mereka tidak mendapat pulangan daripada tanah itu, malah menyebabka­n tanah tersebut tiada nilai.

Mereka yang mempunyai geran tanah boleh memohon kepada RISDA untuk menyertai projek penanaman getah manakala bagi mereka yang mempunyai tanah Hak Adat Bumiputera tetapi tidak mempunyai geran, mereka boleh mendapatka­n bantuan daripada Jabatan Pertanian.

“Sekurang- kurang jika tanah anda diambil bagi tujuan pembanguna­n, ia mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada tanah yang masih hutan belukar,” katanya.

 ??  ?? MOHON RESTU: Nanta (duduk, tujuh kiri) mengetuai upacara ‘miring’ bagi memberkati majlis berkenaan.
MOHON RESTU: Nanta (duduk, tujuh kiri) mengetuai upacara ‘miring’ bagi memberkati majlis berkenaan.
 ??  ?? TETAMU ASING: Abang Johari merakam kenangan bersama delegasi dari China Gezhouba Group Co Ltd yang diketuai Feng Jun (tiga kiri) dan diiringi Masing semasa kunjungan hormat di Kuching, semalam.
TETAMU ASING: Abang Johari merakam kenangan bersama delegasi dari China Gezhouba Group Co Ltd yang diketuai Feng Jun (tiga kiri) dan diiringi Masing semasa kunjungan hormat di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia