Utusan Borneo (Sarawak)

100 peratus liputan elektrik menjelang 2025 mampu dicapai dengan perancanga­n teliti kerajaan, swasta

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai sasaran 100 peratus liputan bekalan elektrik menjelang 2025.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata sasaran ini mampu dicapai dengan perancanga­n teliti kerajaan negeri bersama pihak swasta.

“Sektor tenaga di Sarawak berkembang dengan baik dalam masa empat dekad ini.

“Kita ada Empangan Batang Ai, Bakun, Murum dan akan datang Baleh serta beberapa lagi empangan dalam perancanga­n yang akan menjadikan Sarawak kuasa tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabang­sa Ke-4 (ISES) 2018 di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Sektor tenaga di Sarawak berkembang dengan baik dalam masa empat dekad ini. Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti

Bercakap mengenai sidang kemuncak tersebut, Dr Rundi berkata kementeria­nnya berbangga menjadi hos bersama ISES yang pertama seumpamany­a di luar Kuala Lumpur. Lebih membanggak­an sidang kemuncak dua hari ini berjaya menarik penyertaan 900 delegasi menjangkau­i sasaran awal penganjur.

“Saya percaya banyak ilmu yang telah dikongsika­n dan dipelajari daripada sidang kemuncak dua hari ini yang bermanfaat dalam usaha kita membangunk­an serta menguruska­n sumber tenaga kita,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Ma- laysia Datuk Dr Yee Moh Chai dalam ucapan penghargaa­nnya berterima kasih kepada semua yang menjayakan ISES 2018.

“Kerjasama serta komitmen para delegasi dalam ISES menunjukka­n bahawa mereka ambil berat akan hal tenaga.

“Kita di Malaysia memainkan peranan kita dalam pengurusan dan pembanguna­n tenaga mampan dan penyertaan anda dalam ISES adalah satu cara anda menyumbang ke arah yang sama,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? UNTUK ALBUM: Delegasi ISES 2018 merakam kenangan bersama Dr Rundi serta tetamu kenamaan lain.
— Gambar Muhd Rais Sanusi UNTUK ALBUM: Delegasi ISES 2018 merakam kenangan bersama Dr Rundi serta tetamu kenamaan lain.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Swee dan Janet menyampaik­an buku kenangan kepada Lau (empat kanan) dan Hii (tiga kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Robert, Teo dan Yong (tiga kanan).
PENGHARGAA­N: Swee dan Janet menyampaik­an buku kenangan kepada Lau (empat kanan) dan Hii (tiga kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Robert, Teo dan Yong (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia