Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pembinaan benteng hakisan Kuala Baram bermula tahun depan

-

MIRI: Projek pembinaan benteng hakisan bernilai RM25 juta di Jalan Batu 1, Kuala Baram akan bermula Januari tahun depan dan dijangka siap selewat-lewatnya penghujung 2020.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Keseniaan Datuk Lee Kim Shin berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dan Sarawak telah melantik konsultan (perunding) bagi projek berkenaan.

“JPS Malaysia melantik perunding projek pada 20 Mac lalu bagi membuat kajian dan reka bentuk benteng bersesuaia­n dan projek ini dilaksanak­an dalam tempoh 24 bu- lan,” katanya pada Taklimat Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram semalam.

Beliau berkata, kajian serta reka bentuk benteng itu dilaksanak­an bermula dari Mac hingga September ini sebelum tawaran tender dibuka penghujung tahun.

“Kita berharap JPS Malaysia dan Sarawak mempercepa­t projek ini memandangk­an ia telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatan ke Miri pada 2016,” katanya.

Lee berkata, nelayan dan penduduk di kawasan itu mengalami kerugian apa- bila perahu dihanyutka­n air pasang besar sehingga ke jalan utama Kuala Baram.

“Kita berharap apabila siap benteng hakisan itu pada penghujung 2020, maka ia dapat menyelesai­kan masalah hakisan pantai dan banjir dialami penduduk,” jelasnya.

Kerajaan pusat sebelum ini meluluskan pembinaan benteng hakisan agar penduduk di kawasan terbabit selamat daripada bencana ombak dan fenomena air pasang besar.

Projek berkonsepk­an benteng hakisan pantai seperti diperkenal­kan di Terengganu itu mampu menjadi tarikan pelanconga­n di perkampung­an nelayan tradisi Batu 1 Kuala Baram.

“Kita yakin pembinaan benteng hakisan pantai ini membantu menangani masalah ombak dan air pasang besar berlaku di sini.

“Pada masa sama meningkatk­an serta merancakka­n industri pelanconga­n bandar yang mampu menjana sosioekono­mi nelayan di kawasan ini,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah JPS Sarawak Wong Wen Ho, Pegawai Khas Lee, Erick Chin serta wakil-wakil agensi kerajaan dan wakil nelayan Kampung Batu 1 Kuala Baram. SIBU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart Sibu harus berasa bangga dan bersyukur kerana pelajar lamanya dan komuniti setempat telah mewujudkan ikatan yang kukuh dengan sekolah berkenaan.

Pengetuany­a David Teo berkata, Paderi Mill Hill dan La Salle bersaudara yang mengusahak­an sekolah berkenaan dari 1902 hingga 1967 selama 85 tahun telah menanam nilai murni tersebut dalam diri setiap warga sekolah.

“Terutama bekas pelajar pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an kini telah menjadi ahli lembaga pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Pelajar Lama (SHOSA).

“Badan swasta dan komuniti di seluruh negeri terutama dari Sibu semuanya membantu sekolah dengan pelbagai bentuk bantuan.

“Mereka semua sayang dan prihatin akan kamu (pelajar),” katanya sambil memberitah­u bahawa sekolah tersebut kini berusia 116 tahun.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penghargaa­n dan Terima Kasih di Bilik Kuliah Hii Heng Chiong sekolah berkenaan semalam.

Pada majlis berkenaan, pihak sekolah yang diwakili Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengurusan SMK Sacred Heart Lau Swee Nguong dan Datuk Janet Lau menyampaik­an penghargaa­n kepada Ketua Jawatankua­sa Pembanguna­n Semula Sekolah ( SMK Sacred Heart) Temenggung Datuk Vincent Lau dan Setiausaha Lembaga Pengurusan Sekolah Dr Gregory Hii atas sumbangan dan jasa mereka kepada pembanguna­n SMK Sacred Heart Sibu selama ini.

Hadir sama Presiden SHOSA Yong King Sung dan Penasihat SHOSA Robert Lau.

Menurut Teo, Lau dan Hii antara bekas pelajar yang sering membantu sekolah lama mereka dan sikap mereka harus menjadi teladan kepada pelajar sekolah tersebut pada masa kini.

Katanya, di bawah kepimpinan Swee dan Lau yang merupakan ahli Lembaga Pengurusan Sekolah, pelajar sekolah berkenaan telah mendapat banyak manfaat.

“Salah satu contoh, bermula pada 2012, Yayasan KTSBLD mengambil 30 pelajar di bawah pakej biasiswa yang merangkumi perantisan di ibu pejabat mereka di Kuching, di mana usaha akademik ini membawa kepada diploma dan ijazah dalam bidang perladanga­n.

“Objektifny­a adalah melatih pelajar untuk menjadi orang yang berpengeta­huan dan mahir dalam pengurusan ladang kelapa sawit.

“Kita kini sudah memasuki pengambila­n kelima dan keenam, justeru terima kasih banyak kepada Lau Swee Nguong dan Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming,” katanya.

“Dr Gregory Hii, selain menjadi setiausaha Lembaga Pengurusan Sekolah, beliau juga merupakan penasihat pasukan atlet sekolah kami.

“Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam pembanguna­n atlet sekolah kami. Terima kasih banyak Dr Gregory Hii,” katanya.

 ??  ?? SIAP PADA 2020: Lee (duduk, tiga kanan) menunjukka­n reka bentuk benteng hakisan pantai bernilai RM25 juta selepas mempengeru­sikan mesyuarat membincang­kan projek itu semalam.
SIAP PADA 2020: Lee (duduk, tiga kanan) menunjukka­n reka bentuk benteng hakisan pantai bernilai RM25 juta selepas mempengeru­sikan mesyuarat membincang­kan projek itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia