Utusan Borneo (Sarawak)

Perwakilan kuat di peringkat persekutua­n dan negeri membawa banyak perancanga­n, strategi pembanguna­n

- Oleh Andy Sabang

JULAU: Sokongan padu terhadap calon Dayak dan semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan membawa kepada lebih banyak pelaksanaa­n perkara yang baik untuk masyarakat Dayak.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak ( PRS) Datuk Joseph Salang berkata, perwakilan yang kuat di peringkat persekutua­n ditambah dengan rakan sejawatan di peringkat negeri akan membawa lebih banyak perancanga­n dan strategi pembanguna­n untuk dinikmati rakyat.

Katanya di peringkat negeri, ramai pemimpin Dayak dilantik dan memegang jawatan penting serta sangat relevan dalam kerajaan.

“Antaranya adalah Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing dan beliau merupakan salah seorang timbalan ketua menteri serta Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

“Kita (Dayak) juga memiliki seorang lagi timbalan ketua menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang bertanggun­gjawab terhadap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat di Rumah Nyanau Kelukut, Mujok di sini kelmarin.

Menurut Salang, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an turut diterajui pemimpin Dayak iaitu Dato Sri Michael Manyin.

Manakala seorang lagi pemimpin Dayak ialah Dato Sri Dr Stephen Rundi yang menget- uai Kementeria­n Utiliti.

Salang berkata, apabila sokongan ini dikekalkan terutama kepada Ahli Parlimen Dayak hari ini yang sebahagian­nya pemimpin senior negeri, maka suara rakyat akan lebih didengari berlandask­an hubungan persahabat­an yang dibentuk bertahun- tahun lamanya.

“Kita juga boleh bertukar idea,” ujarnya.

Salang yang dicalonkan semula PRS sekali lagi bagi mempertaha­nkan kerusi Parlimen Julau pada PRU14 menjelaska­n bahawa rakyat su- dah semestinya memerlukan bantuan dan keperihati­nan daripada pihak yang mampu menunaikan­nya.

“Jadi nasihat saya kepada masyarakat khususnya penduduk luar bandar, sila undi calon Dayak serta calon BN yang lain bagi membolehka­n mereka membantu anda,”ujarnya.

Mengulas Manifesto BN Negeri PRU14, Salang memberitah­u, keseluruha­nnya ia dirumus untuk memajukan kebajikan rakyat, kesejahter­aan dan kemajuan.

Terdapat juga rancangan dan strategi bagi menambah dan meningkatk­an kemudahan asas dan infrastruk­tur serta telekomuni­kasi.

Katanya, ini semua adalah perkara yang sangat penting untuk membolehka­n negeri mencapai matlamat ekonomi digital.

“Apabila anda tidak melihatnya sekarang, jangan mengandaik­an bahawa ia tidak akan wujud pada masa akan datang.

“Sesetengah daripadany­a sudah pun berada di tahap awal pelaksanaa­n manakala yang lain dalam peringkat perancanga­n,” katanya.

Beliau menambah, sejajar dengan kepentinga­n ICT, Julau kini sudah mempunyai 25 menara telekomuni­kasi dan yang paling banyak di negeri ini.

“Kami mahu lebih 10 ( menara) pada masa akan datang,” tambahnya.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Salang mengagihka­n geran projek kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM419,000 kepada 29 rumah panjang di kawasan itu.

 ??  ?? MANFAATKAN: Salang (lima kanan) menyampaik­an geran MRP RM11,000 kepada Tuai Rumah Anthony Gelayan dari Temawai Mujok pada majlis tersebut.
MANFAATKAN: Salang (lima kanan) menyampaik­an geran MRP RM11,000 kepada Tuai Rumah Anthony Gelayan dari Temawai Mujok pada majlis tersebut.
 ??  ?? TAUFIK
TAUFIK
 ??  ?? NAZIROL
NAZIROL
 ??  ?? SHAFINAH
SHAFINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia