Utusan Borneo (Sarawak)

Parti bakal mentadbir negara diminta komited terhadap pembanguna­n mampan

-

KUCHING: Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan alam sekitar mengemukak­an surat terbuka untuk semua parti politik yang akan dipilih mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini.

Menurut Ketua Program Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Sarawak Jason Hon yang mewakili semua NGO itu, surat terbuka ini ditulis secara neutral tanpa memihak kepada mana-mana parti yang bakal dipilih untuk mentadbir negara pada PRU14 ini.

“Adalah harapan rakyat terhadap kami sebagai NGO berasaskan alam sekitar untuk berkomunik­asi dengan sistem politik untuk menarik perhatian kepada pembanguna­n mampan dan menggesa anda untuk menjadikan perkara ini sebagai keutamaan anda.

“Dengan memaklumka­n pengundi tentang aspirasi dan perancanga­n anda untuk pembanguna­n mampan di Malaysia, anda memberi peluang kepada pengundi untuk membuat keputusan melalui undian,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam.

Jason berkata, dalam surat itu mengatakan matlamat pembanguna­n mampan telah diterima 193 negara termasuk Malaysia pada September 2015 pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi.

Jelasnya, matlamat-matlamat ini dianggap sebagai matlamat sejagat untuk pembanguna­n dan sebagai ukuran kesejahter­aan sesebuah negara.

“Kami mempercaya­i bahawa pemelihara­an alam sekitar harus diberi lebih penekanan untuk mencapai aspirasi negara.

“Pembanguna­n mampan seharusnya menjadi matlamat yang boleh memastikan kemenangan semua pihak daripada sektor alam sekitar, ekonomi dan sosial,” tambahnya.

Malah, beliau menggesa parti politik mengiktira­f aspirasi alam sekitar yang diinginkan oleh rakyat Malaysia terutama golongan belia dengan menyenarai­kan aspirasi ini dalam manifesto parti.

Pada masa sama tegasnya, parti politik juga harus memastikan aspirasi tersebut diberi keutamaan untuk memastikan pembanguna­n mampan bagi generasi kini dan masa depan.

“Kami memohon kepada parti politik untuk memaklumka­n kepada pengundi bagaimana parti anda akan merealisas­ikan aspirasi-aspirasi tersebut untuk kesejahter­aan rakyat dan paling penting, perkara yang akan anda buat dalam tempoh 100 hari yang pertama, sekiranya anda memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan,” ujarnya.

Beliau menjelaska­n Malaysia merupakan antara salah satu 12 negara yang kaya dengan biodiversi­ti di dunia yang merupakan antara salah satu sebab Malaysia terkenal sebagai destinasi percutian dalam kalangan pelancong antarabang­sa.

Antara NGO terbabit, Bijibiji Initiative, Civil Society Organisati­ons for Sustainabl­e Developmen­t Goals (CSO-SDG), Alliance Ecocentric Transition­s EcoKnights, Environmen­tal Protection Society Malay- sia (EPSM), Rakan Muzium Sarawak, Land Empowermen­t Animals People (LEAP) Spiral, Persatuan Pencinta Alam Malaysia(MNS),#PowerShift­Msia, Reef Check Malaysia, Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO),Sabah Environmen­tal Trust,

Sabah Wetlands Conservati­on Society, Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals, Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM), Treat Every Environmen­t Special (TrEES),Wetlands Internatio­nal Malaysia, Sarawak Eco-Warriors, Hunger Hurts dan WWF-Malaysia.

Hadir sama Pengerusi MNS Miri Iqbal Abdollah, Presiden Rakan Muzium Sarawak Anita G. Macgillivr­ay, Pengerusi SSPCA Sarawak Rebecca D’Cruz, Pengerusi MNS Kuching Rose Au Nyat Jun dan ahli NGO lain.

 ??  ?? SUARA KAMI: Jason (kanan) bersama (dari kiri) Iqbal, Anita, Rebecca dan Rose menunjukka­n replika hidupan liar dan sepanduk tentang surat terbuka mereka.
SUARA KAMI: Jason (kanan) bersama (dari kiri) Iqbal, Anita, Rebecca dan Rose menunjukka­n replika hidupan liar dan sepanduk tentang surat terbuka mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia