Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera PBB Igan tidak harus ambil mudah PRU14, kata Dr Juanda Jaya

-

MUKAH: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Igan diingatkan untuk tidak mengambil ringan perihal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, setiap anggota parti bertanggun­gjawab penuh secara langsung ke atas keputusan undi.

“Setiap anggota parti dan ranting perlu bertanggun­gjawab ke atas keputusan sama ada kalah atau menang parti (PBB) dalam PRU kali ini,” katanya ketika melancarka­n pusat gerakan operasi dan jentera parti bagi kawasan Parlimen Igan di sini, petang semalam.

Kemenangan PBB di Igan harus diterjemah­kan ke dalam peti undi dan ia adalah mustahak.

“Kita sedia pertahanka­n Igan pada kali ini, namun kita juga harus memberi undi majoriti yang besar,” jelasnya.

Berikutan pengaktifa­n pusat gerakan itu, beliau turut mahu semua ranting turut diaktifkan.

Mengenai hal calon, beliau memberitah­u bahawa ia harus diserahkan kepada pucuk pimpinan atasan parti untuk menentukan.

“Apa yang penting, kita harus bekerja untuk parti, bukan kerana calon atau individu,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan PBB Jemoreng Aini Latip, Ketua Wanita PBB Jemoreng Rokiah Mohamad Jahar, Ketua Penerangan Pemuda PBB Jemoreng Hazri Halpi serta Setiausaha PBB Jemoreng merangkap Pengarah Bilik Gerakan Operasi PBB Jemoreng Ayub Alli.

 ??  ?? BERSEDIA: Juanda (depan, enam kanan) bersama jentera PBB ketika melancarka­n bilik gerakan PBB Jemoreng semalam.
BERSEDIA: Juanda (depan, enam kanan) bersama jentera PBB ketika melancarka­n bilik gerakan PBB Jemoreng semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia