Utusan Borneo (Sarawak)

Najib pemimpin baik, prihatin kepada kehendak rakyat Sarawak

-

LIMBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang baik dan prihatin kepada kehendak dan keperluan rakyat Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Najib mempunyai jiwa besar mengangkat Malaysia menjadi negara maju sehingga dapat meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Kita ingin tekankan ba- hawa tidak ada perdana menteri di Malaysia yang prihatin terhadap Sarawak.

“Najib merupakan pemimpin yang paling banyak melawat Sarawak iaitu sebanyak 61 kali dengan lebih 125 lokasi,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Limbang di Dewan Bunga Raya semalam.

Turut sama Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak Datuk Amar Mo- hamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, panel penasihat Undang-Undang PBB Sarawak Awang Bemme Awang Basah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Sarawak merangkap Timbalan Ketua PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa dan Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat.

Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu berkata, lawatan Najib ke Sarawak bukan dengan tangan kosong tetapi membawa peruntukan berjumlah RM4.6 bilion iaitu untuk Limbang dan Lawas.

“Kita melihat Najib mempunyai jiwa besar mengangkat Malaysia menjadi negara maju dan meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Secara umum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dilihat lebih memihak kepada penerusan kepimpinan Najib dan kerajaan BN,” katanya.

Beliau mahu sokongan terhadap Najib dan kerajaan diteruskan.

Tambahnya, Manifesto PRU14 begitu komprehens­if dengan mengambil kira kepentinga­n belia, golongan ibu dan wanita diperkasak­an sekali gus meningkatk­an penglibata­n ekonomi.

Turut terkandung dalam manifesto itu adalah menyediaka­n kemudahan kediaman diberi tumpuan agar generasi kita mendapatka­n kediaman dan pelbagai.

Katanya, rakyat tidak boleh bergantung harap dengan pemimpin Pakatan Harapan ( PH) yang sudah berusia dan bertelagah antara satu dengan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia