Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan Harapan tumpu calon bakal diumumkan dalam masa terdekat

-

KUCHING: Selepas mencapai kesepakata­n dalam soal pembahagia­n 31 kerusi Parlimen untuk Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), Pakatan Harapan (PH) kini menumpukan calon yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

PH Sarawak yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat ( PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) telah sepakat bahawa pada PRU14 sembilan kerusi akan dipertandi­ngkan untuk DAP, 16 (PKR) dan enam kerusi kepada Amanah.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PH Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada 9 April lepas.

Bagi Amanah, calon-calon yang mewakili mereka telahpun dimuktamad­kan dan menunggu hanya untuk diumumkan dalam masa terdekat bersama rakan PH Sarawak lain.

Pengerusi Amanah Sarawak Fidzuan Zaidi ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, mereka akan mengumumka­n calon di enam kerusi yang telah diperuntuk­kan kepada mereka bersama DAP dan PKR nanti.

Menyifatka­n dengan adanya ‘mood’ rakyat yang kini menolak Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi, ia sudah pasti memberi kejutan kepada kerusi PH termasuk kerusi yang diperuntuk­kan kepada Amanah pada PRU ini.

Fidzuan menjangkak­an pada PRU kali ini, mereka berpeluang menang kerusi yang dipertandi­ngkan berdasarka­n ‘ mood’ rakyat terhadap parti ini.

“’Mood’ rakyat bersama PH akan memberi peluang untuk menang di semua kerusi yang kami tandingi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia