Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen Sibuti dijangka saksi pertembung­an tiga penjuru

-

MIRI: Dengan calon Barisan Nasional (BN) masih menjadi teka-teki, Parlimen Sibuti dijangka berdepan situasi tiga penjuru menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.

Pertembung­an tiga penjuru itu dijangka melibatkan tiga parti iaitu BN yang diwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Penyandang Parlimen Sibuti sebelum ini Datuk Ahmad Lai Bujang yang berhasrat untuk berkhidmat bagi penggal ketiga, turut mendapat sokongan sebahagian besar pengundi di kawasan berkenaan yang mahukan beliau dicalonkan semula.

Namun sebahagian besar lagi mahu muka baharu dan anak jati tempatan dicalonkan, dengan harapan dapat membawa perubahan kepada kawasan Sibuti yang merupakan kubu kuat BN selama ini.

Antara tiga nama yang disebut-sebut mempunyai potensi menjadi calon Parlimen Sibuti selain Ahmad Lai ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Sharkawi Suhaili, Pegawai Daerah Subis Hussaini Bakir, bekas pegawai kanan kerajaan Datuk Jumastapha Lamat, selain dua lagi nama iaitu Pegawai JASA Bahagian Miri Lukanisman Abang Sauni serta Nazri Ahmad Lai.

Di sebalik teka- teki yang masih menyelubun­gi penyokong BN, Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee pula melaungkan tentangan daripada parti itu dengan meletakkan calonnya, anak tempatan dengan kerjaya profesiona­l.

“Kami akan meletakkan calon yang mendapat sokongan kuat di peringkat akar umbi sama ada PAS mahupun penduduk tempatan, kerana calon ini adalah orang tempatan dan seseorang yang amat dikenali,” katanya yang masih berahsia dengan calon pilihan parti itu.

Jofri berkata, calon terbabit adalah satu antara tiga nama yang dikemukaka­n PAS Negeri kepada Jawatankua­sa Pusat untuk dipilih bagi mewakili kerusi Parlimen Sibuti.

Dengan keyakinan mampu melakukan kejutan pada PRU14 ini, PAS akan memanfaatk­an 11 hari waktu berkempen untuk menawan kerusi Sibuti.

Sementara di kem PKR pula, parti itu sudah bersedia sejak sekian lama secara diam- diam, mendekati penduduk di kawasan itu yang mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar berdasarka­n daftar pemilih pada 2016.

Utusan Borneo difahamkan, PKR Sibuti tidak mempunyai isu berkenaan calon yang bertanding di kerusi itu dan satu-satunya calon berpotensi PKR yang kerap dilihat turun padang ialah Jemat Panjang.

D i t e r i m a b a i k penyokong- penyokongn­ya, PKR Sibuti yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk ‘bergerak’ mendekati pengundi, tampak begitu yakin dan bersedia pada PRU kali ini dengan harapan dapat menawan Sibuti, sekali gus menambah jumlah kerusi untuk PKR Negeri dan Pusat.

Bagaimanap­un menurut jurucakap itu, dengan nama Jemat yang tidak berdepan bantahan, PKR Sibuti tetap menyerahka­n keputusan akhir mengenai calon PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen itu kelak, kepada Pusat untuk memutuskan dan mengumumka­n.

“Siapa pun jua yang mewakili PKR, kami yakin PKR kali ini akan lebih bersedia dan yakin daripada sebelumnya,” jelas jurucakap itu lagi.

Jika tiada calon yang akan menggunaka­n lambang ‘Bebas’ bertanding di Sibuti, maka ia hampir menepati ramalan ramai bahagian Parlimen Sibuti akan menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru, dengan parti yang bertanding masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.

Pada PRU 2013 lalu, calon BN- PBB Ahmad Lai berjaya memperoleh­i 13,348 undi manakala calon PAS Muhammad Zaid Tandang memperoleh­i 7,282 undi, sekali gus menyaksika­n kemenangan memihak kepada BN dengan majoriti 6,066 undi.

Peratusan pengundi berdaftar yang turun mengundi ketika itu ialah 73.90 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia