Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat beri galakan pekerja mengundi dipuji

Marble Emporium beri cuti tiga hari, tambang penerbanga­n, RM300 kepada pekerja dari Sabah, Sarawak

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Langkah sebuah syarikat kontraktor pembinaan yang memberi cuti selama tiga hari dan elaun kepada pekerjanya untuk pulang ke Sabah dan Sarawak bagi menunaikan kewajipan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan, mendapat sokongan dan galakan daripada rakyat negara ini.

Marble Emporium Sdn Bhd, dalam notis yang dimuat naiknya dalam akaun Facebook syarikat itu memberitah­u: “Adalah dimaklumka­n bahawa kilang kami akan ditutup pada 7, 8, 9 Mei, 2018, untuk memberi laluan kepada hari mengundi, kerana semua kakitangan kami adalah dari Sabah dan Sarawak”.

Notis ringkas tersebut yang menjadi tular telah mendapat 22,000 ‘Like’ yang menyukai kenyataan dimuat naik itu, dengan 1,500 komen diberikan serta dikongsika­n oleh 16,286 pemilik akaun Fecebook yang lain, selepas 17 jam ia disiarkan di laman sosial tersebut (malam 10 April).

Rata- rata komen yang datang dari seluruh negara memuji dan menyokong tindakan syarikat tersebut, serta perlu dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat swasta lain di negara ini.

Pemilik syarikat tersebut, Sim Yen Peng, 43, yang berasal dari Miri dan mempunyai perniagaan yang beribu pejabat di Shah Alam, ketika sempat dihubungi dari sini, semalam berkata beliau tidak menjangkak­an sambutan menggalakk­an dari seluruh negara.

“Tidak seperti syarikat pembinaan lain yang lebih suka mengupah pekerja asing, saya mengupah kebanyakan rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Walaupun upah asas mereka sedikit lebih tinggi daripada warga asing, namun tidak mungkin membolehka­n mereka pulang ke rumah dengan notis yang amat singkat ditambah lagi dengan tempahan tiket penerbanga­n yang pastinya menyukarka­n mereka,” jelas Sim.

Oleh i tu katanya, sebagai majikan yang bertanggun­gjawab dan mahu semua pekerjanya menunaikan tanggungja­wab mereka, beliau bukan hanya memberikan mereka cuti tiga hari malah turut memberi sedikit wang (elaun) untuk membantu pekerjanya pulang pada hari mengundi kelak, sebagaiman­a yang dijanjikan beliau sejak lima tahun lalu.

“Lima tahun yang lalu, saya menggalakk­an mereka mendaftar sebagai pengundi dan apabila tiba masanya, saya akan membantu mereka (pulang ke kampung halaman masing- masing untuk mengundi).

“S e b a g a i m a j i k a n bertanggun­gjawab, kami juga menyediaka­n mereka tambang penerbanga­n di samping pelepasan cuti selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mei dan elaun sebanyak RM300 untuk membolehka­n mereka pulang menunaikan tanggungja­wab mereka pula sebagai pengundi.

“Kebanyakan pekerja saya dari Sabah dan hanya tiga dari Sarawak,” tambahnya.

Sim juga memberitah­u bahawa beliau mahu menyemai satu contoh yang baik kepada syarikat lain, dengan membenarka­n pekerja mereka pulang ke rumah untuk mengundi kerana perkara itu adalah tanggungja­wab dan tidak akan membebanka­n syarikat.

“Iaadalahha­kperlembag­aan semua rakyat Malaysia. Mereka harus dibenarkan pulang, terutama mereka yang mengembara jauh meninggalk­an rumah untuk mencari nafkah.

“Justeru sebagai majikan, kita harus lebih memahami situasi ini,” katanya sambil menambah, Pilihan Raya Umum pula hanya berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.

Lima tahun yang lalu, saya menggalakk­an mereka mendaftar sebagai pengundi dan apabila tiba masanya, saya akan membantu mereka (pulang ke kampung halaman masingmasi­ng untuk mengundi). Sim Yen Peng Pemilik Marble Emporium Sdn Bhd

 ??  ?? TULAR: Notis yang dimuat naik oleh syarikat Marble Emporium Sdn Bhd di laman sosial syarikat itu di Facebook yang tular dan menjadi perhatian utama rakyat Malaysia serta mendapat lebih 22,000 kesukaan atau ‘Like’.
TULAR: Notis yang dimuat naik oleh syarikat Marble Emporium Sdn Bhd di laman sosial syarikat itu di Facebook yang tular dan menjadi perhatian utama rakyat Malaysia serta mendapat lebih 22,000 kesukaan atau ‘Like’.
 ??  ?? BANTU RAKYAT: Wong (lapan kiri), Goh (sembilan kiri), Siang (lima kanan) dan ahli-ahli RS1 merakam kenangan selepas meninjau lokasi Program Jualan Prihatin Rakyat RS1 di Country Grocers.
BANTU RAKYAT: Wong (lapan kiri), Goh (sembilan kiri), Siang (lima kanan) dan ahli-ahli RS1 merakam kenangan selepas meninjau lokasi Program Jualan Prihatin Rakyat RS1 di Country Grocers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia