Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar UNIMAS menyertai Pameran Perabot Antarabang­sa M’sia 2018

-

KUCHING: Pameran Perabot Antarabang­sa Malaysia (MIFF) 2018 mempamerka­n ciptaan pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menurut kenyataan medianya semalam, lima pelajar FSGK dipilih untuk mempamerka­n prototaip perabot mereka MIFF yang diadakan dari 8 hingga 11 Mac 2018 di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

MIFF adalah pameran terbesar bagi perabot kayu terkenal di dunia dan merupakan pasaran bagi perabot rumah dan pejabat berkualiti tinggi yang memenuhi cita rasa dan bajet global.

Pelajartah­unkeduadar­ipada Program Teknologi Rekaan FSGK yang mengambil bahagian dalam pameran itu turut menyertai pertanding­an reka bentuk perabot dalaman yang dianjurkan bersama oleh UNIMAS’ Institute of Design and Innovation (iNDI) dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) tahun lalu (2017) di bawah Kursi PUSAKAUNIM­AS.

Pertanding­an diadakan dengan tujuan untuk mempromosi­kan idea-idea reka bentuk baharu untuk perabot komersial dan untuk mewujudkan identiti Sarawak yang berbeza dalam industri perabot.

Profesor Madya Dr Musdi Shanat yang memulakan pertanding­an reka bentuk dalaman UNIMAS itu percaya bahawa universiti itu harus menggalakk­an para pelajar mengambil bahagian dalam acara antarabang­sa bukan sahajauntu­kpendedaha­ntetapi juga untuk memanfaatk­an bakat universiti dalam meningkatk­an pereka profesiona­l untuk industri kreatif selepas tamat pengajian mereka.

Menurut Musdi, walaupun persaingan ini diadakan secara dalaman, kriteria penghakima­n mengikuti piawaian antarabang­sa dan tiga hakim atau juri profesiona­l daripada industri telah diundang untuk menilai rancangan.

Lima penyertaan pelajar UNIMAS di MIFF 2018 merangkumi konsep ‘living furniture’ yang menekankan kandungan, bentuk, simbol dan makna tempatan.

Mereka adalah ‘ Midin Rack’ yang direka oleh Lee Jan Bo di mana ia diilhamkan daripada tumbuhan dan sayur- sayuran tempatan eksotik yang dikenali sebagai Midin, ‘Borneo Coffee Table’ yang direka oleh Muhammad Indrianto Mas’ud.

Corak, ‘ Nexus Coffee Table’ oleh Daeng Mohamad Khairul, ‘ Terendak Side Table’ direka oleh Queeny Loy Lim Yee dan ‘Mengkuang Tallboy’ oleh Siti Nurhasyiki­n Mohd Sabri.

 ??  ?? PEREKA BENTUK: Kakitangan dan pelajar UNIMAS merakam kenangan semasa MIFF di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
PEREKA BENTUK: Kakitangan dan pelajar UNIMAS merakam kenangan semasa MIFF di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia