Utusan Borneo (Sarawak)

RS1 anjur Program Jualan Prihatin Rakyat Ahad ini

-

SIBU: Rancangan Sibu 1 ( RS1) akan mengadakan jualan barangan keperluan harian dengan harga murah menerusi Program Jualan Prihatin Rakyat dalam usaha membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong berkata, program kali ini akan diadakan di pasar raya Country Grocers (premis pasar raya Giant) di Jalan Ling Kai Cheng pada Ahad ini bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

“Program Jualan Prihatin Rakyat RS1 adalah sama seperti Program Jualan Sentuhan Rakyat yang dilakukan kerajaan dengan jualan barangan keperluan harian dengan harga murah.

“K a m i m e n d a p a t maklum balas baik selepas menganjurk­an program yang sama sebelum ini.

“Orang ramai berharap program dapat diteruskan untuk mendapat barangan keperluan harian dengan harga murah dan berkualiti.

“Komited untuk menjaga kebajikan rakyat, kami akan bekerjasam­a dengan pasar raya tempatan di sini dan program akan dilakukan setiap hujung minggu di lokasi berbeza bermula Ahad ini hingga 9 Mei (pilihan raya),” jelasnya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke tapak program di sini, semalam.

Antara barang keperluan harian dijual seperti beras, telur, minyak masak, bahan pencuci pakaian, Milo, minyak masak dan tisu dijual lebih murah daripada harga pasaran pada program itu.

“Minuman coklat jenama Milo akan dijual pada harga RM14.88 sekilogram sepaket berbanding harga pasaran RM19.99.

“Telur gred B akan dijual pada harga yang sama dengan telur gred C,” ujarnya.

Wong berkata, Program Jualan Prihatin Rakyat adalah usaha RS1 membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat khususya golongan berpendapa­tan rendah.

“Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini dan datang awal ke program kerana barangan yang dijual dengan konsep siapa cepat dia dapat,” jelasnya.

Hadir sama ialah Pengarah Country Grocers Aelene Siang dan Pengarah Eksekutif Episo Enterprise Sdn Bhd Datuk Goh Kiang Ann. Country Grocers dimiliki syarikat Episo Enterprise Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia