Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP sumbang alat tulis kepada murid SJKC Su Lai

-

KUCHING: Sekumpulan lima pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan yang kini mengikuti pengajian Sarjana Keusahawan­an Gunaan telah memilih Pantai Tanjong Kembang, Kabong sebagai kajian kes keusahawan­an sosial mereka kerana mempunyai potensi tempat tarikan pelanconga­n di Sarawak.

Menurut kenyataan medianya semalam, kumpulan itu membentang­kan rancangan perniagaan di salah sebuah hotel di sini baru-baru ini, yang dihadiri masyarakat Kabong merangkumi Persatuan Nelayan Kabong, pemimpin masayaraka­t dan belia yang bekerja di Kuching.

Turut hadir Pensyarah Usahawan Sosial MARA UiTM Profesor Madya Dr Abang Zainoren Abang Abdurahman serta pegawai dan pelajr UiTM.

Usaha perniagaan yang dicadangka­n adalah penting dalam ekosistem di mana ia berkauitan dengan ekosistem Kabong yang secara strategik terletak di wilayah tengah Sarawak.

Jarak hanya sekitar 95 kilometer dari Lapangan Terbang Sibu atau memandu satu setengah jam, akan memudahkan pengunjung tiba ke Kabong untuk tujuan mereka.

Di samping itu, ketersedia­an infrastruk­tur pelanconga­n seperti pantai, chalet, perkampung­an tradisonal Melayu dan Iban, jalan raya dan telekomuni­kasi yang baik, menjadi salah satu kelebihan Kabong dapat dikenali sebagai salah satu destinasi pelanconga­n di Sarawak.

Pendekatan pelanconga­n berasaskan komuniti yang disatukan dalam pelan perniagaan melibatkan penyertaan masyarakat tempatan membolehka­n mereka menjana pendapatan tambahan dan membanguna­kan lebih banyak usahawan luar bandar.

Pengerusi Persatuan Anak Kabong (PAK) Yusuf Amir kagum dengan pembentang­an para pelajar dan menggesa m a s y a r a k a t K a b o n g mengembang­kan potensi peniagaan pelanconga­n di kawasan itu.

Tambah beliau, melalui usaha itu akan mewujudkan landasan untuk transforma­si pelanconga­n dan memperliha­tkan potensi generasi baharu usahawan sosial tempatan pada tahap yang dapat diukur pada masa akan datang.

Turut hadir semasa pembentang­an itu ialah Ahli Eksekutif PAK Maklen Ali. SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghulurk­an sumbangan berupa alat tulis kepada 51 murid SJKC Su Lai, semalam.

Bantuan kepada murid kurang berkemampu­an itu disampaika­n Penolong Bendahari SUPP Pusat merangkap Pengerusi Perhubunga­n Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibu Robert Lau Hui Yew.

Menurut Lau, bantuan alat tulis itu adalah sebahagian daripada aktiviti sosial parti dalam membantu komuniti, lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang memerlukan.

“Bantuan ini juga diharap dapat memberi semangat dan galakan kepada murid untuk belajar bersungguh­sungguh,” jelas timbalan pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu itu.

Sebelum ini katanya, sumbangan sama telah diberikan kepada sekolahsek­olah lain di kawasan Sibu.

Hadir sama ialah Guru Besar Chan Siah Kuong serta ahli SUPP yang lain.

 ??  ?? TERIMALAH: Lau (kiri) menyampaik­an bantuan alat tulis kepada Chan.
TERIMALAH: Lau (kiri) menyampaik­an bantuan alat tulis kepada Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia