Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Ikan Batu 1 Kuala Baram tiada kemudahan menurunkan ikan

-

MIRI: Nelayan Pasar Ikan Batu 1 Kuala Baram tidak dapat berpindah ke pasar baharu yang dibina di kawasan berhampira­n disebabkan tiada kemudahan untuk menurunkan ikan.

Pengerusi Pemantauan Kawasan Kampung Batu 1 Abdul Mutalib Jaluddin berkata meskipun pasar baharu itu sudah siap sepenuhnya namun nelayan tidak dapat beroperasi di situ.

“Perahu nelayan tidak dapat menurunkan hasil tangkapan ikan kerana tiada laluan terus ke pasar tersebut berbanding tamu lama.

“Justeru, nelayan masih mahu beroperasi di tamu lama kerana satu- satunya kawasan mempunyai tempat menurunkan ikan dari perahu terus ke tempat jualan,” katanya pada Taklimat Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1 Kuala Baram di sini semalam.

Menurutnya, nelayan di kawasan itu akan berpindah ke kawasan baharu jika laluan menurunkan ikan serta jalan menghubung­i pasar itu dibina.

“Agak mustahil bagi nelayan menurunkan hasil tangkapan dibenteng batu berdekatan pasar ikan baharu, sebab itu mereka masih beroperasi di kawasan lama,” jelasnya.

Pasar ikan yang siap pembinaann­ya itu sepatutnya beroperasi sebaliknya nelayan masih berniaga di kawasan lama lebih-lebih lagi ketika musim bubuk (udang geragau).

Bagaimanap­un, ketika musim bubuk nelayan dilihat masih berniaga di gerai-gerai kecil yang didirikan sepanjang jalan Kuala Baram.

Situasi itu menyebabka­n Pasar Ikan Batu 1 Kuala Baram diibaratka­n sebagai projek gajah putih dan gagal mencapai matlamatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia