Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pemaju perumahan diarah bayar tuntutan

Diarah bayar RM19,200, perbaiki kerosakan rumah teres dua tingkat dibeli penuntut RM365,000

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) mengarahka­n sebuah syarikat pemaju perumahan membayar tuntutan berjumlah RM19,200 dengan pembayaran RM400 sebulan serta memperbaik­i semula kerosakan rumah jenis teres dua tingkat dibeli oleh penuntut pada harga RM365,000 di taman perumahan Hung Hung Garden, Jalan Sebiew di sini.

Perintah itu dikeluarka­n Presiden TTPRS Datuk Maznah Dasmi bersama dua ahli panelnya terdiri Simon Woon yang m e r u p a k a n s e o r a n g arkitek berpengala­man dan Trabawan Mandi, seorang peguam ke atas Hung Hung Trading (Sarawak) Sdn Bhd dan anugerah itu untuk penuntut yang juga pembeli rumah terbabit, Luba Galang pada pendengara­n kes di Mahkamah Tinggi Bintulu semalam.

Jenis tuntutan adalah kelewatan menyerah rumah dibeli selama 48 bulan dan pemasangan alat atau perkakas tidak mengikut terma perjanjian.

Perjanjian jual beli rumah itu ialah 20 September 2011, penyerahan­nya pada 19 September 2013 dan tarikh pengeluara­n permit menduduki ( OP) pada 25 September 2017.

“Berikutan tuntutan itu, kami meminta penuntut terbabit menyenarai­kan kecacatan rumah terbabit seterusnya mengemukak­an kepada tribunal serta jenis kecacatan perlu diperbaiki menurut perjanjian.

“S e l e s a i t u n t u t a n dikemukaka­n, selain nilai bayaran, tribunal turut mengarahka­n pemaju terbabit memperbaik­i kecacatan yang disenaraik­an mengikut surat diberi tribunal,” katanya pada sidang media selepas sesi pendengara­n kes terbabit.

Dalam kes kedua, Nigel Ho dan Wong Hiek Lung juga mengalami kelewatan penyerahan rumah dibeli berharga RM365,000 di taman yang sama selama 43 bulan daripada pemaju sama yang sepatutnya diserah pada 22 Mei 2013.

“Tiada OP diberikan kepada penuntut sekali gus pada 28 Oktober 2017, pembeli rumah itu menghantar tuntutan kepada TTPRS dengan perintah dikeluarka­n mengarahka­n pemaju membayar RM400 sebulan dengan keseluruha­nnya berjumlah RM21,200 termasuk memperbaik­i senarai lain kecacatan rumah terbabit serta binaannya tidak siap sepenuhnya,” ujar beliau.

Katanya, pihaknya meminta penuntut menyenarai­kan kecacatan rumahnya kepada tribunal dan dalam tempoh satu bulan iaitu dalam 43 hari pemaju menerima surat daripada tribunal, pemaju perlu memastikan kecacatan rumah itu diperbaiki.

Kes ketiga membabitka­n Maggie Cheng dan Shirley Chen, ia menarik kerana mereka membeli rumah daripada vendor dengan ‘subsale’ atau rumah dibeli atas tangan pihak lain selepas dibeli daripada pemaju.

Jenis tuntutan adalah lambat serah milikan kosong juga 43 bulan dengan tuntutan berjumlah RM20,800 dan harga rumah teres dua tingkat terbabit ialah RM318,900, tarikh perjanjian jual beli 23 Mei 2011 dan OP pada 25 September 2017.

“Selepas membelinya mereka menjual semula kepada seorang pembeli pada 8 November 2017, mereka memberi semua hak dan apa- apa faedah boleh didapati daripada jual beli rumah itu kepada pembelinya serta mendapat persetujua­n daripada pemaju bahawa semua hak mereka diberikan kepada pembeli rumah,” katanya.

Begitupun, apa yang berlaku bukan pembeli itu menuntut sebaliknya Maggie dan Shirley menuntut yang mana keduaduany­a tiada hak dan tiada locus standi bermakna tiada hak mengambil tindakan di mahkamah atau membuat tuntutan terbabit.

“Kami tidak dapat mencari apa- apa perkara membolehka­n apa juga keduaduany­a berhak menuntut.

“Pembeli baharu rumah itu tidak dapat menuntut dalam perkara berkaitan memandangk­an OP diberi dan dikeluarka­n untuk rumah itu,” jelasnya.

K a t a n y a , m e r e k a memfailkan tuntutan pada Januari 2017 dan selepas itu mereka menjual rumah itu pada 8 November 2017 bermaksud hak mereka telah hilang dan tidak boleh membenarka­n tuntutan begitu berlaku.

Beliau berkata, kebanyakan pemilik rumah tidak menerima OP memfailkan­nya kepada tribunal sebelum mengkajiny­a dan tidak dapat memberi kenyataan secara umum sebaliknya kes itu dikaji satu persatu dan semua tuntutan adalah mengenai kelewatan pemaju menyerahka­n rumah kepada pembeli yang memakan tempoh agak lama.

Berikutan tuntutan itu, kami meminta penuntut terbabit menyenarai­kan kecacatan rumah terbabit seterusnya mengemukak­an kepada tribunal serta jenis kecacatan perlu diperbaiki menurut perjanjian. Datuk Maznah Dasmi Presiden TTPRS

 ??  ?? TANGANI TUNTUTAN: Maznah (tengah) dan Simon (kanan) serta Trabawan (kiri) bercakap pada sidang media semalam.
TANGANI TUNTUTAN: Maznah (tengah) dan Simon (kanan) serta Trabawan (kiri) bercakap pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia