Utusan Borneo (Sarawak)

Baik pulih jalan hubung Miri ke Marudi lancar, dahului jadual

-

KUCHING: Kerja membaik pulih jalan sepanjang 43.2 kilometer (km) yang menghubung­kan Miri ke Marudi sedang berjalan lancar dan mendahului jadual asalnya selama 30 bulan.

Setakat 25 Mac lalu, kerja membaik pulih yang sepatutnya dijadual siap 42.87 peratus, kini sudah 49.28 peratus berjaya disiapkan iaitu 6.41 peratus lebih awal daripada jadual.

CMS Roads Sdn Bhd menyasar untuk menyiapkan 68 peratus kerja membaik pulih jalan sebelum perayaan Gawai untuk memastikan perjalanan lancar bagi pengguna jalan raya yang meraikan Hari Gawai dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri.

Untuk memastikan perjalanan lancar pada musim perayaan nanti, CMS Roads sedang berusaha sedaya upaya mempercepa­tkan kerja membaik pulih jalan di kawasan penting tanpa menjejaska­n kualiti.

CMS Roads juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka sedaya upaya memastikan pengguna jalan raya dapat meneruskan per- jalanan dengan cukup selesa.

Kerja membaik pulih jalan bermula 15 September 2016, mengambil kira kepentinga­n umum dalam kerja membaik pulih jalan itu ekoran keadaannya yang tidak memuaskan dan kepentinga­nnya yang semakin meningkat, CMS Roads secara sukarela pada Mac 2017 menyediaka­n maklumat terkini setiap tiga bulan mengenai kemajuan projek.

Bercakap mengenai maklumat terkini kelima mengenai kerja membaik pulih jalan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan- Operasi CMSB Goh Chii Bing berkata: “Kami gembira melaporkan iaitu walaupun menghadapi banyak cabaran dari segi lokasi geografi jalan yang mencabar dalam usaha membawa masuk bahan, cuaca dan keperluan untuk sentiasa membuka jalan kepada pengguna sebanyak mungkin sementara kerja dijalankan, kami masih mendahului jadual secara kontrak.

“Dalam melaksanak­an projek ini, kami telah mempertimb­angkan dengan teliti pelbagai jenis kenderaan yang memasuki jalan raya sebelum dan selepas tempoh cuti Gawai dan Hari Raya Aidilfitri yang sibuk serta kesannya terhadap pembanguna­n dan kerja membaik pulih jalan.

“Selepas lebih 18 bulan sejak permulaan projek itu, tumpuannya tetap pada tahap yang lebih baik bagi menyediaka­n jalan raya yang lebih selamat dan sesuai untuk mereka yang melakukan perjalanan antara Miri dan Marudi dalam tempoh jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Selain itu, kata beliau, menyedari peningkata­n pengguna jalan raya sepanjang tempoh perayaan itu, pihaknya memberi jaminan kepada pengguna Jalan MiriMarudi bahawa segala usaha sedang dilakukan untuk mengurangk­an kelewatan bagi memastikan laluan yang lancar ketika paling sibuk.

Beliau dalam pada itu berterima aksih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana diberi peluang untuk memberi taklimat mengenai kemajuan positif projek itu apabila Najib mengadakan lawatan singkat ke tapak pada 4 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia