Utusan Borneo (Sarawak)

Program untuk golongan buta huruf dewasa di Sarawak terus diperkukuh

-

KUCHING: ProgramLEA­DS atau Pendidikan Kemahiran Literasi Dewasa dan Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) untuk golongan buta huruf dewasa di negeri ini terus diperkukuh­kan.

Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Sarawak telah menganjurk­an kursus pengukuhan untuk tenaga pengajar Program LEADS dan pembantu masyarakat tabika bagi pemantapan kelas PLF Versi 2.0 dari seluruh negeri ini baru-baru ini.

Kursus tersebut berlangsun­g selama empat hari di sebuah hotel di sini dengan penyertaan seramai 80 tenaga pengajar Program LEADS dan PLF.

Menurut salah seorang peserta yang juga pengajar Program LEADS dari kawasan Parlimen Mas Gading, Kolvincore­n Jihem, kursus itu dibimbing oleh pengawai KEMAS dari Putrajaya, Kuala Lumpur.

Tujuannya, adalah bagi memberi latihan dan kemahiran mengenai teknik mengajar kepada tenaga pengajar kelas dewasa.

“Kursus ini amat membantu kami dari segi persediaan mental dan peralatan mengajar dengan kemahiran membangunk­an alat bantuan mengajar,” kata Kolvincore­n.

Antara kandungan kursus berkenaan ialah membangunk­an alat bantu mengajar, penyediaan rancangan mengajar serta disiplin guru semasa mengajar.

Untuk keberkesan­an, peserta juga diberi latihan praktikal di kelas dewasa sebagai pendedahan awal kaedah mengajar kelas dewasa yang sebenar.

Latihan praktikal telah diadakan di kelas dewasa yang dibuka di Kampung Stunggang Melayu dan Kampung Stunggang Dayak di Lundu.

Dalam pada itu, semua peserta yang menyertai kursus ini akan kembali mengajar kelas dewasa mengikut Parlimen masing-masing.

 ??  ?? LEBIH YAKIN: Tenaga pengajar LEADS dan PLF mengadakan latihan praktikal di kelas orang dewasa di Kampung Stunggang Melayu dan Stunggang Dayak di Lundu.
LEBIH YAKIN: Tenaga pengajar LEADS dan PLF mengadakan latihan praktikal di kelas orang dewasa di Kampung Stunggang Melayu dan Stunggang Dayak di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia