Utusan Borneo (Sarawak)

Terabai Menua Miri salurkan bantuan kepada keluarga ditimpa kesusahan

-

MIRI: Lebih 10 ahli Terabai Menua (TM) Miri menyampaik­an bantuan kepada keluarga yang ditimpa kesusahan di Rumah Linggu, Sungai Pakut di Sibuti dekat sini, Selasa lalu.

Rombongan berkenaan diketuai Pemangku Pengerusi TM Wilfred Nissem dan Ketua Biro Publisiti TM Thomas Patrick.

“Lawatan juga diadakan bagi menyampaik­an sumbangan berupa makanan kepada ahli keluarga Jelemi Mamut, 83, yang meninggal dunia akibat sakit tua.

“Kami dimaklumka­n ahli TM mengenai keluarga terbabit yang memerlukan sumbangan dan kami pun segera mengumpul dana untuk membantu meringanka­n beban ahli keluarga tersebut yang ditimpa kesusahan,” jelas Thomas.

Katanya walaupun bantuan tersebut tidak seberapa namun pihaknya berharap ia dapat mengurangk­an beban keluarga terbabit.

Tambah Thomas, TM sentiasa berusaha membantu masyarakat setempat terutama golongan miskin yang kehilangan ahli keluarga. MIRI: Gadis dan jejaka Dayak yang masih bujang dipelawa menyertai Pertanding­an Dayung/ Kumang/ Keligit dan Keling/Belawan Gawai 2018 sebagai kemuncak sambutan Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri pada 19 Mei depan.

Pertanding­an dibuka kepada empat kategori iaitu Dayung Sangon, Kumang Iban, Keligit Orang Ulu dan satu-satunya kategori lelaki iaitu Keling/ Belawan.

Pertanding­an Dayung/ Kumang/Keligit Gawai Dayak 2018 dibuka kepada mereka yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun manakala Keling/Belawan Gawai Dayak 2018 dibuka kepada lelaki bujang berusia 18 hingga 30 tahun pada 19 Mei ini.

Jurucakap penganjur memberitah­u bahawa mereka sudah berkahwin, bercerai serta ibu atau bapa tunggal tidak layak menyertai pertanding­an ini.

Bagi golongan Dayak beragama Islam berminat mengambil bahagian perlu mendapatka­n surat kebenaran/ pencerahan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bahagian serta kebenaran daripada ibu bapa masingmasi­ng.

P e r t a n d i n g a n j u g a hanya dibenarkan kepada pelajar kolej dan universiti swasta, lepasan sekolah dan pelajar bukan dalam institusi pendidikan di bawah pentadbira­n atau bidang kuasa Majlis Peperiksaa­n Malaysia (MPM).

Semua peserta mewakili etnik masing-masing wajib menguasai dialek etnik mereka atau diwakili mereka dan semua peserta perlu memiliki ketinggian sekurangku­rangnya 150cm atau 5 kaki tinggi tanpa berkasut.

Bagi peserta kacukan kaum Dayak membawa nama pangkal bukan Dayak (seperti nama Cina, India atau Eurasian) penyertaan perlu dikepilkan bersama salinan sijil kelahiran jika diminta pengesahan penganjur.

Borang penyertaan sudah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama yuran sebanyak RM25, salinan kad pengenalan serta sijil kelahiran serta dua gambar berukuran pasport dan perlu dikembalik­an kepada jawatan- kuasa penganjur pertanding­an di pejabat Persatuan Dayak Miri (DAM), Lot 1088-1089, Tingkat 3, Rumah Persatuan Dayak Miri, Jalan Merpati di sini sebelum atau selewatlew­atnya pada 4 Mei 2018, jam 4.30 petang.

Peserta disahkan penyertaan mereka akan menyertai pusingan penyingkir­an diadakan pada 12 Mei ini (Sabtu) di Bintang Megamall di sini bermula jam 6 petang mengenakan pakaian ‘kebaya nyonya’ ( bukan kebaya moden) untuk wanita dan baju batik lengan panjang serta berseluar panjang untuk lelaki.

Hanya enam finalis semua kategori dipilih melangkah ke peringkat akhir pertanding­an Dayung Sangon, Kumang Iban, Keligit Orang Ulu dan Keling/Belawan Gawai 2018 berlangsun­g di Hotel Meritz Miri pada 19 Mei depan.

Bagi kategori Dayung/ Kumang/ Keligit hadiah tempat pertama ialah wang tunai RM1,200 berserta trofi, sejambak bunga, hamper dan sijil.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menerima hadiah wang tunai RM900 dan RM700 berserta trofi, sejambak bunga, hamper dan sijil.

Tiga pemenang sagu hati daripada setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM400, hamper dan sijil.

Bagi kategori Keling Iban dan Belawan Orang Ulu akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta trofi hamper dan sijil.

Manakala tempat kedua wang tunai RM800 dan tempat ketiga RM700 serta trofi, hamper dan sijil.

Tiga pemenang sagu hati daripada setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM400, hamper dan sijil.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubung­i Venezia Doning (016-8611629) atau Nancy Roba Ribid ( 0168005889) bagi kategori Dayung Sangon, Kitty Janggot 085-435467 (Pejabat Rumah Dayak), Angela Bugak (0138471889) atau Betty Pan (0109831231) Kumang/ Keling Iban dan Loretta Herbert Madang (019-8360333) serta Petrus Lasong (010-7728084) kategori Keligit/ Belawan Orang Ulu.

 ??  ?? SERAH: Ahli Terabai Menua bersama sumbangan beras yang disampaika­n kepada ahli keluarga Jelemi Mamut di Rumah Linggu, Sungai Pakut Sibuti Selasa lalu.
SERAH: Ahli Terabai Menua bersama sumbangan beras yang disampaika­n kepada ahli keluarga Jelemi Mamut di Rumah Linggu, Sungai Pakut Sibuti Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia