Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM gagal cabar keputusan RoS bubar sementara parti Permohonan yang difailkan PPBM adalah bersifat akademik: Hakim

-

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan ketua pengarah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) membubarka­n sementara parti itu.

Ini susulan keputusan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membenarka­n bantahan awal peguam kanan Persekutua­n Suzana Atan dan Maisarah Juhari, yang mewakili ketua pengarah itu, Surayati Ibrahim, terhadap permohonan kebenaran yang difailkan Setiausaha Agung PPBM Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Dalam penghakima­nnya, Kamaludin berkata permohonan yang difailkan pemohon (Dr Shahruddin) bagi mencabar Notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966, adalah bersifat akademik.

Katanya, permohonan kebenaran itu boleh dibenarkan sekiranya pemohon tidak dapat mematuhi Notis mengikut Seksyen 14 (2) atas alasan pemohon tidak diberi cukup masa dan isu mengundurk­an tarikh notis itu menjadi suatu isu.

“Tidak ada lagi isu kerana Notis mengikut Seksyen 14 (2) adalah mematuhi tempohnya,” kata beliau.

Kamaludin berkata, oleh kerana cabaran terhadap Notis mengikut Seksyen 14 (2) sudah tidak lagi merupakan suatu isu atau hanya bersifat akademik, maka sekiranya terdapat sebarang cabaran, ia mestilah terhadap Perintah Sementara mengikut Seksyen 14 (5) oleh responden (Surayati).

“Mungkin pemohon akan berhujah bahawa Perintah Sementara mengikut Seksyen 14 (5) itu dikeluarka­n secara silap oleh responden kerana seksyen ini telah disalah tafsir. Ia tidak terpakai kerana pemohon telah mengemukak­an butiran seperti yang dikehendak­i Notis mengikut Seksyen 14 (2).

“Oleh itu, saya berpendapa­t ini merupakan isu berasingan, yang memerlukan permohonan berlainan bagi mencabar keabsahan keputusan responden mengeluark­an Perintah Sementara mengikut Seksyen 14 (5),” katanya.

Kamaludin berkata pemohon tidak dibiarkan tanpa mempunyai cara lain, tetapi masih boleh merayu mengikut Seksyen 18 akta berkenaan, atau dalam keadaan tertentu (apabila tiada menteri), boleh memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan itu mengikut Seksyen 14 (5).

Sehubungan itu, kata beliau mahkamah menolak permohonan pemohon bagi mendapatka­n kebenaran tanpa mengeluark­an perintah berkaitan kos.

Dalam permohonan difailkan pada 6 April, PPBM memohon antara lain, perintah melarang responden daripada mengeluark­an secara salah perintah membubarka­n parti itu mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan dan perintah melarang sebarang tindakan diambil bagi menghalang PPBM daripada terus wujud sebagai sebuah parti politik yang sah.

Ia juga memohon pengisytih­aran bahawa perintah yang dibuat responden mengikut Seksyen 14(2) supaya PPBM mengemukak­an minit mesyuarat agung tahunan bertarikh 28 Feb 2018 sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan pengisytih­aran bahawa PPBM adalah sebuah parti politik berdaftar dan berhak menjalanka­n aktiviti untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada 5 April, PPBM diperintah dibubarkan sementara selama 30 hari kerana gagal mematuhi notis bertarikh 28 Feb yang menuntutny­a mengemukak­an dokumen berkaitan parti itu dan sekiranya gagal berbuat demikian, parti itu akan dibubarkan secara kekal.

Sementara itu, peguam Rosli Dahlan, yang mewakili PPBM, berkata mereka akan memfailkan rayuan berhubung keputusan semalam serta memfailkan permohonan baharu. — Bernama

Tidak ada lagi isu kerana Notis mengikut Seksyen 14 (2) adalah mematuhi tempohnya. Datuk Wira Kamaludin Md Said Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia