Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman penjara lapan tahun terhadap abang pengganas kekal

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam mengekalka­n hukuman penjara lapan tahun terhadap abang seorang pengganas Daesh yang mengendali­kan harta milik adiknya selepas menolak rayuan akhirnya bagi mengurangk­an hukuman itu.

Panel l i ma hakim dipengerus­ikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan Mohamed Danny Mohamed Jedi, 31, dan berkata selepas menimbangk­an fakta-fakta dalam kes itu, mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah hukuman penjara tersebut melainkan hukuman berkenaan salah dari segi fakta dan undang-undang.

Zulkefli yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Aziah Ali berkata mahkamah mendapati hukuman yang dipinda oleh Mahkamah Rayuan adalah sesuai dan berpatutan.

“Kami tolak rayuan kamu. Hukuman lapan tahun dikekalkan. Mengikut peraturan penjara, jika kamu berkelakua­n baik, hukuman boleh dikurangka­n,” kata Zulkefli. Mohamed Danny, abang kepada Muhammad Wanndy, 27, merayu terhadap hukuman lapan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Februari 2017.

Muhammad Wanndy menyertai kumpulan Daesh sejak 2015 dan berada di Syria serta menjadi pelopor utama merekut rakyat Malaysia sebagai ahli kumpulan militan itu di negara berkenaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun terhadap Mohamed Danny selepas dia mengaku bersalah mengurus secara tidak langsung harta milik adiknya dengan membenarka­n kemasukan wang sebanyak RM12,130 dan mengeluark­an wang sebanyak RM10,000 daripada akaunnya bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia