Utusan Borneo (Sarawak)

Rampasan terbesar dadah jenis Methamphet­amine di Kedah

-

BUKITKAYUH­ITAM:Kastam Kedah berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup 70 kilogram dadah dipercayai jenis Methamphet­amine bernilai RM3.85 juta di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromania­m berkata dadah berkenaan ditemukan dalam sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz yang melalui lorong pemeriksaa­n kenderaan di ICQS berkenaan pada jam 9.30 pagi.

“Kenderaan tersebut menggunaka­n nombor pendaftara­n tempatan, dipandu seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang datang dari negara jiran

“Hasil pemeriksaa­n awal terhadap kereta tersebut, pegawai pemeriksa mengesyaki bonet belakang kereta tersebut seolah-olah diubah suai,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Pemeriksaa­n rapi selanjutny­a menemui kesemua 70 bungkusan dadah yang dibalut plastik lutsinar di ruangan tersembuny­i dalam bonet kenderaan yang diubah suai, kata Subromania­m.

Beliau berkata, dadah tersebut dipercayai cuba diedarkan di negara ini.

Subromania­m berkata, kejayaan itu adalah rampasan terbesar dadah jenis Methamphet­amine di Kedah dan pihaknya tidak akan berkomprom­i dalam kegiatan penyeludup­an dadah terutama di sempadan negara.

Suspek terbabit ditahan reman 14 hari bermula kelmarin di bawah Seksyen 39B Akta

Hasil pemeriksaa­n awal terhadap kereta tersebut, pegawai pemeriksa mengesyaki bonet belakang kereta tersebut seolah

suai. ” olah diubah Datuk Seri T. Subromania­m Ketua Pengarah Kastam

Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBESAR: Subromania­m (tengah) diberi penerangan mengenai dadah yang dirampas oleh Pengarah Kastam Kedah Datuk Johari Alifiah (dua kiri) ketika mengadakan sidang media di Pejabat Kastam Bukit Kayu Hitam dekat Bukit Kayu Hitam, semalam.
— Gambar Bernama TERBESAR: Subromania­m (tengah) diberi penerangan mengenai dadah yang dirampas oleh Pengarah Kastam Kedah Datuk Johari Alifiah (dua kiri) ketika mengadakan sidang media di Pejabat Kastam Bukit Kayu Hitam dekat Bukit Kayu Hitam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia