Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Cuti umum 9 Mei bukti kerajaan dengar rintihan rakyat

-

PUTRAJAYA: Pengumuman cuti umum sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini, membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berprihati­n serta mendengar keluhan rakyat untuk keluar mengundi pada hari bekerja.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerajaan mahu memberi peluang kepada rakyat untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing biarpun tarikh ditetapkan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) merupakan hari bekerja.

“Penetapan tarikh tersebut adalah keputusan SPR dan kebetulan jatuh pada hari Rabu. Kerajaan mengambi keputusan memberi cuti umum kerana kerajaan tahu dan mahu supaya rakyat dapat turun mengundi.

“Jadi, pembangkan­g jangan buat cerita bukan- bukan seperti kerajaan tidak mahu orang ramai keluar mengundi dan sebagainya. Ini semua pembohonga­n semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat, di sini semalam.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam yang mengisytih­arkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bagi membolehka­n rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU14.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Kelmarin, SPR menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Dalam perkembang­an lain, Tengku Adnan enggan mendedahka­n senarai calon BN ketika ditanya mengenai perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengerusi BN negeri-negeri, pemimpin parti komponen dan pemimpin sayap berkaitan PRU14 di Seri Perdana, kelmarin.

Mengenai manifesto khusus untuk Wilayah Persekutua­n, beliau berkata, ia akan diumumkan secara serentak dengan pengumuman calon BN bagi PRU14.

Sementara itu, Hamzah berkata Program Jualan Sentuhan Rakyat, yang julung kali diadakan di Putrajaya itu, akan dilaksanak­an sekali lagi dalam tempoh terdekat selepas mendapat sambutan baik daripada penduduk dan penjawat awam.

Pada program tersebut, pengunjung dapat membeli pelbagai jenis barang keperluan dapur pada harga jauh lebih murah berbanding harga di pasar raya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK LEPAS PELUANG: Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian semasa Program Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan pada harga borong di Presint 2 dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TIDAK LEPAS PELUANG: Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian semasa Program Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan pada harga borong di Presint 2 dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia