Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancong Malaysia terdampar di puncak Batu Pantai Phuket akibat air pasang

-

BANGKOK: Seorang pelancong Malaysia mengalami detik mencemaska­n apabila air pasang dan ombak kuat menyebabka­nnya terkandas beberapa jam di puncak batu di sebuah pantai di Phuket malam kelmarin.

Menurut Pasukan Penyelamat Kusoldharm Foundation, Lim Yuin Chuang, 35, baharu tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phuket dari Pulau Pinang pada sebelah pagi dan mengambil keputusan untuk berjalan di tepian pantai untuk ke hotelnya di Patong.

“Ketika berjalan di pantai itu, air tiba-tiba pasang tinggi dan ombak kuat menghanyut­kan pelancong Malaysia itu ke kawasan berbatu dan menyebabka­nnya terdampar di situ,” kata seorang pegawai pasukan penyelamat itu.

Beliau berkata, oleh kerana lelaki berkenaan bimbang perkara lebih buruk akan berlaku terhadap dirinya, dia menghubung­i rakannya, seorang wanita Thailand bagi mendapatka­n bantuan.

Kemudian, kata pegawai itu, rakan wanita berkenaan menghubung­i pihak berkuasa tempatan bagi melaporkan kejadian tersebut dan susulan itu, polis tempatan dan pegawai taman negara berganding bahu dengan Kusoldharm Foundation untuk menghantar pasukan penyelamat bagi menyelamat­kan lelaki berkenaan dengan menggunaka­n bot.

Pasukan penyelamat itu, yang turut dianggotai sukarelawa­n serta bot nelayan, berjaya menemukan Lim, yang kelihatan letih, pada kira-kira 10 malam selepas pelancong itu membakar bajunya sebagai ikhtiar untuk menarik perhatian pasukan berkenaan ke tempat dia terkandas.

Menurut pegawai berkenaan, Limseringb­erkunjung ke Phuket. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUI: Seorang pelancong Malaysia berusia 35 tahun (tengah) diselamatk­an oleh pasukan penyelamat tempatan selepas beliau terkandas di atas batu di pantai Pulau Phuket dekst Banglok selama beberapa jam malam semalam kerana air pasang dan ombak besar.
— Gambar Bernama DITEMUI: Seorang pelancong Malaysia berusia 35 tahun (tengah) diselamatk­an oleh pasukan penyelamat tempatan selepas beliau terkandas di atas batu di pantai Pulau Phuket dekst Banglok selama beberapa jam malam semalam kerana air pasang dan ombak besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia