Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal media timbang penubuhan Majlis Media Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengamal media di negara ini semalam membincang­kan tentang penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional yang julung kali diadakan di sini.

Cadangan penubuhan MMM itu adalah antara isu yang dibangkitk­an pada Wacana Hari Wartawan Nasional yang disertai kira-kira 20 pertubuhan media cetak dan elektronik.

Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata, penubuhan majlis media akan meningkatk­an lagi imej, kualiti dan profesiona­lisme industri media tanah air.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai majlis media sendiri kerana ia telah lama dibincangk­an sejak tahun 70-an.

“Namun segala perincian akan diteliti bagi menyesuaik­an dengan peredaran dan perkembang­an media,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program wacana itu di Dewan Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Menurut Zulkefli, majlis media itu akan dianggotai pengamal media serta wakil masyarakat dan pemain industri lain untuk memastikan media di negara ini bergerak di landasan yang tepat dan benar.

Pada program sama, pengamal media juga bersetuju dengan cadangan penetapan tarikh sambutan Hari Wartawan Nasional pada 29 Mei setiap tahun yang diambil bersempena penerbitan pertama Utusan Melayu pada 1939.

Sementara itu, Pengarang Eksekutif Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an berkata, penubuhan majlis media perlu dibincangk­an lebih lanjut supaya selaras dengan keperluan media cetak dan media elektronik secara menyeluruh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia