Utusan Borneo (Sarawak)

Menyampaik­an berita sahih makin mencabar ekoran ledakan teknologi, saingan ‘wartawan’ media sosial

-

KUALA LUMPUR: Wartawan mempunyai tanggungja­wab, sebagai barisan hadapan, dalam menangkis berita palsu yang semakin menggugat keharmonia­n negara dan profesion kewartawan­an itu sendiri.

Ketua Meja Metro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman berkata wartawan era ini juga perlu lebih bersatu dalam mendepani cabaran menyampaik­an berita yang sahih kepada umum ekoran ledakan teknologi dan persaingan daripada ‘wartawan’ media sosial yang tidak mempunyai kredibilit­i.

Berucap sebagai wakil wartawan muda pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2018 di sini, beliau berkata peranan itu tidak boleh sekadar diharapkan kepada kerajaan sahaja.

“Kini sesiapa sahaja boleh mendapatka­n maklumat terkini menerusi Internet dan sesiapa sahaja boleh menyalurka­n maklumat itu kepada rakan-rakannya. Persoalann­ya, sejauh mana maklumat atau berita yang ada di Internet itu adalah benar?” katanya.

HAWANA yang dianjurkan Bernama dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta pemimpin-pemimpin media tanah air turut hadir memeriahka­n sambutan yang diadakan buat julung kali itu.

Syed Ilya berkata, berita palsu telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia, yang kini merupakan satu masalah serius di Malaysia.

“Kita menerima hakikat bahawa berita palsu, bukan sahaja tidak baik, bahkan boleh menjadi satu bentuk fitnah dan jika disebarkan, membawa kesan negatif,” katanya.

Katanya, ketika ini begitu ramai individu yang menggunaka­n media sosial mengaku sebagai wartawan untuk menyebar berita tidak sahih dan tidak benar.

Syed Ilya berkata, penyebaran berita yang tertumpu kepada yang sensasi semata-mata untuk menarik pembaca tanpa memahami etika kewartawan­an akan merendahka­n martabat kewartawan­an.

“Jika ini tidak dibendung, saya risau akan nasib industri media sekali gus nasib nasib wartawan-wartawan muda pada masa akan datang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Syed Iylia Hariz berucap pada majlis pelancaran­a Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade dekat kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Syed Iylia Hariz berucap pada majlis pelancaran­a Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade dekat kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia