Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Antiberita Tidak Benar digazet semalam

-

KUALA LUMPUR: Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akta itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Berucap pada majlis pelancaran Hari Wartawan Nasional ( HAWANA), beliau menolak kebimbanga­n sebilangan para wartawan kononnya akta baharu itu akan digunakan untuk menyekat kebebasan mereka dalam melaporkan berita.

“Tetapi saya ingin maklumkan, pandangan ini tidak tepat lagi, tidak benar kerana antaranya, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, melalui Seksyen 8A telah menjadi kesalahan untuk menyiarkan berita palsu.

“Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, masalah bagi membendung penyebaran berita tidak benar, tidak dapat dikawal secara efektif dan menyeluruh, berikutan perkembang­an semasa teknologi maklumat yang semakin pantas serta kompleks,” katanya.

Najib berkata, akta tersebut adalah berpaksika­n kepentinga­n rakyat bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran berita tidak benar selain ia berunsur pencegahan yang mana setiap individu hendaklah bertanggun­gjawab terhadap perkongsia­n maklumat yang benar dan sahih.

Beliau berkata, akta itu juga tidak akan berkomprom­i dengan penyebaran berita yang memudaratk­an ketenteram­an awam atau keselamata­n negara.

Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air, perdana menteri menegaskan kerajaan sentiasa memberi ruang kepada kebebasan bersuara dan telah melaksanak­an kebebasan media melalui pelbagai langkah transforma­si.

Katanya, ia termasuk pelaksanaa­n transforma­si undang- undang seperti melalui pemansuhan Akta Keselamata­n Dalam Negeri ( ISA) 1960, memperkena­lkan Akta Perhimpuna­n Aman 2012, selain transforma­si media dengan memansuhka­n lesen mencetak dan permit percetakan.

“Ini ternyata berbeza dengan ‘ track record’ kebebasan bersuara di zaman pemimpin utama pembangkan­g masa kini, yang dulunya pernah memerintah negara ini selama 22 tahun,” katanya.

Sebagai contoh, Najib berkata Operasi Lalang atau Ops Lalang pada 1987, menyaksika­n lebih 100 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA, dan tiga akhbar waktu itu — The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan digantung permit penerbitan.

“Pemimpin yang pernah memerintah 22 tahun itu juga dikecam oleh Jawatankua­sa Melindung Wartawan di peringkat dunia, sebagai salah seorang daripada 10 ‘enemies of the press’ (musuh media), tiga tahun bertu- rut-turut pada 1999, 2000 dan 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata walaupun kerajaan masa kini memberi ruang kebebasan bersuara dan media, ia haruslah berasaskan tiga perkara utama iaitu disertai dengan sifat tanggungja­wab, berasaskan kebenaran dan mengikut tafsiran citra serta budaya tempatan, bukannya mengikut acuan barat.

“Kebebasan bersuara dan media itu mesti ada hadnya serta kebebasan tersebut tidak seharusnya menjurus kepada penyebaran berita-berita tidak benar lagi tidak sahih, sehingga sampai mengorbank­an aspek lebih utama iaitu keselamata­n dan ketenteram­an awam serta kestabilan negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia