Utusan Borneo (Sarawak)

Jika BN menang PM akan melakukan yang terbaik untuk rakyat

-

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membawa Malaysia ke tangga ke-22 antara yang terhebat di dunia jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir negara sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Najib berkata sebagai seorang pemimpin beliau perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat pada sepanjang masa.

“Kita kena buat sesuatu supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Insya Allah di bawah BN kita akan menjulang negara ini. Kita tak mahu ke terbelakan­g.

“Kita nak pergi jauh lagi tuan-tuan, bukan nak pergi setahun dua. Kita nak bawa Malaysia jadi negara yang hebat, antara ke- 22 yang terhebat (di dunia),” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timba- lan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN berkata antara contoh terdekat adalah pengurusan ekonomi yang cekap yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini.

“Kecekapan kita urus hasil ekonomi menyebabka­n hasil bertambah. Ambo ( saya) beritahu kepada pegawai di Kementeria­n Kewangan, cuba tengok buku, kalau hasil bertambah kita pulang balik kepada rakyat.

“Ambo kata buleh tambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dia (pegawai) kata boleh. Dan dia tanya nak naik berapa? RM200, RM300? Ambo kata kita tak main RM300, kita tambah RM400,” katanya.

Beliau berkata penambahan ( bayaran) terhadap BR1M juga disebabkan harga minyak mentah meningkat kepada US$69 setong berbanding US$52 setong ketika Bajet 2018 dibentangk­an di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

Beliau turut menempelak pembangkan­g yang membuat pusingan U apabila kini bersetuju mengekalka­n BR1M walaupun sebelum ini bermati-matian menentangn­ya.

“Ini pembangkan­g ni tuantuan, mula-mula Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata BR1M ini dedak, macam bagi makanan itik ayam. Lepas dia kata dedak orang (mula) marah dia kerana orang suka pada BR1M.

“Lepas itu dia U- Turn (buat pusingan U). Hari ini dalam manifesto pembangkan­g nak teruskan BR1M. Tak payah ciplak kita, BR1M ini jasa Barisan (Nasional),” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menafikan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) bertindak mengikut arahannya dalam membubarka­n sementara pendaftara­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) namun beliau pula yang dipersalah­kan.

“Dr Mahathir buat parti ikut Perlembaga­an UMNO, tapi mesyuarat cawangan dan bahagian tak nak buat, dan tiba-tiba ada mesyuarat agung.

“Ciplak Perlembaga­an UMNO tiba-tiba tak ikut dan salahkan RoS. Bila masa RoS ini orang saya? Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) (yang bertugas di RoS) ni ikut buku tuan-tuan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Najib berkata kerajaan Persekutua­n akan meneruskan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Central Spine Road dan Lebuhraya Gua Musang-Kota Bharu sebagaiman­a yang dijanjikan sebelum ini.

Beliau turut mengumumka­n kerajaan akan membina sebuah jambatan di Kampung Serendah di sini, bagi menghubung­kan antara Kelantan timur dan barat yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan. — Bernama

Kita kena buat sesuatu supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Insya Allah di bawah BN kita akan menjulang negara ini. Kita tak mahu

terbelakan­g. ” ke Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib (tengah) pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan ( YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor semalam. Turut hadir Mustapa dan Annuar.
— Gambar Bernama MESRA: Najib (tengah) pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan ( YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor semalam. Turut hadir Mustapa dan Annuar.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA OKU: Hasanul menerangka­n mengenai kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) di pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijadualka­n pada 9 Mei depan semasa ditemu bual dengan Bernama di pejabatnya baru-baru ini.
— Gambar Bernama MESRA OKU: Hasanul menerangka­n mengenai kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) di pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijadualka­n pada 9 Mei depan semasa ditemu bual dengan Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia