Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu rancang wujudkan Universiti al-Quran, kata Razif

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu merancang mewujudkan Kolej Univesiti al-Quran yang berkonsepk­an wakaf dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri telah pun mewujudkan Kolej al- Quran di Institut al-Quran (IQ) Padang Midin, di sini.

Beliau berkata ia bertaraf kolej maka kampus berkenaan akan dipindah dan ditempatka­n sementara di Pusat Latihan Telekom di Rusila, Marang.

Menurutnya, kerajaan telah membeli bangunan Kolej Islam Sains dan Teknologi ( KIST) di Kuala Berang bernilai RM30 juta melalui Tabung Warisan untuk dijadikan kampus tetap Kolej al-Quran.

Beliau berkata kepada pemberita pada majlis anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu (YT) dan hadiah kece- merlangan pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Katanya, beliau akan membuat permohonan kepada Kementeria­n Pengajian Tinggi untuk mempercepa­tkan Kolej al-Quran itu untuk dijadikan Kolej Universiti al-Quran.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, anugerah Pingat Emas YT itu merupakan salah satu inisiatif dan langkah kerajaan dalam menghargai dan mengiktira­f usaha pelajar dalam meraih kecemerlan­gan dalam bidang akademik, korikulum mahupun sahsiah diri.

Pada majlis itu, Muhammad Khairul Azri Mohd Khalid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) MK Imtiaz YT Besut dan Muhammad Syauqellah Razali dari SMK Agama Sheikh Abdul Malek menerima anugerah Pingat Emas YT yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta pin- gat emas, laptop, blazer dan sijil.

Pelajar SMK Kuala Telemong, Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi pula menerima anugerah Khas Yayasan Terengganu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Selain itu, dua pelajar dianugerah pelajar cemerlang SPM 2017 yang memperoleh­i semua A+, masing-masing menerima RM500, dua pelajar menerima anugerah cemerlang STAM 2017 (peringkat kebangsaan), masing-masing menerima RM600.

Bagi anugerah kecemerlan­gan SPM 2017 semua A pula, seramai 357 orang yang masing- masing menerima RM500, kecemerlan­gan STPM seramai 100 orang masing- masing menerima RM600 dan kecemerlan­gan STAM seramai 26 orang yang masing- masing menerima RM600, manakala sembilan buah sekolah terbaik SPM pula masing-masing diberi RM10,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia