Utusan Borneo (Sarawak)

MyBas Johor Bahru pelengkap perkhidmat­an bas sedia ada di Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Perkhidmat­an MyBas Johor Bahru yang dilaksanak­an oleh kerajaan pusat dilihat akan menjadi pelengkap kepada operasi pengangkut­an bas awam sedia ada seperti Bas Muafakat Johor (BMJ) dan Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha pengenalan MyBas ini juga selari dengan Dasar Pengangkut­an Awam Kerajaan Negeri melalui Pelan Suara Hati Johor untuk menyediaka­n pengangkut­an awam di lokasi-lokasi terpencil dengan peruntukan sebanyak RM90 juta.

“Terdapat 249 buah bas yang akan beroperasi di seluruh negeri Johor dengan kawasan tumpuan laluan yang tidak digunakan oleh perkhidmat­an bas awam sebelum ini.

“Ini sekali gus akan meningkatk­an liputan perkhidmat­an bas awam sedia ada sebanyak 30 peratus dengan kekerapan 20 minit bagi setiap selang perjalanan,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Menandatan­gani Kontrak Transforma­si Perkhidmat­an Bas Berhenti-henti Johor Bahru antara Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan Handal Indah Sdn Bhd, di sini, semalam.

Hadir sama, Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.

Mohamed Khaled berkata peruntukan sebanyak RM90 juta berkenaan akan dibiayai oleh kerajaan pusat setiap tahun untuk tempoh lapan tahun bagi memastikan operasi bas itu berjalan dengan lancar.

“Ini satu tawaran yang sangat baik kepada rakyat kerana ia selari dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peluasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari jajaran Yong Peng ke Johor Bahru akan dinaik taraf daripada 4 lorong kepada 6 lorong.

“Ini merupakan salah satu perkara yang kita harap rakyat dapat pertimbang­kan untuk dilaksanak­an selepas Pilihanray­a Umum Ke -14 ( PRU14) nanti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia