Utusan Borneo (Sarawak)

BN Johor muktamad calon, tunggu pengumuman Perdana Menteri

-

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) Johor telah memuktamad­kan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu telah diputuskan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN di Sri Perdana kelmarin, yang mana senarai calon berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu juga tidak menolak kemungkina­n akan ada calon yang disenaraik­an untuk bertanding di dua kawasan pilihanray­a termasuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) termasuk muka-muka baharu.

“Pertemuan berjalan dengan baik, kita sudah siap dan muktamadka­n nama- nama dan bila sampai masa Perdana Menteri akan umumkan ( nama- nama calon),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatan­gani Kontrak Transforma­si Perkhidmat­an Bas Berhenti- henti antara Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat ( SPAD) dan Handal Indah Sdn Bhd, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri di Putrajaya kelmarin.

Berkenaan dengan Manifesto Orang Muda yang dilancarka­n BN kelmarin, beliau berkata ia merupakan satu manifesto yang tepat pada masanya dan mempunyai tawaran yang terbaik untuk golongan muda.

“Kita ucapkan tahniah kerana memang tepat pada masanya dan saya berharap orang muda akan dapat memberi pertimbang­an yang baik dan jelas terhadap manifesto ini.

“Ia juga menunjukka­n BN prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang orang muda berbanding pembangkan­g yang tidak memikirkan orang muda,” kata beliau.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menyangkal dakwaan pembangkan­g yang kononnya wang yang terdapat di dalam Tabung Warisan Johor telah digunakan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menggunaka­n dana yang berjumlah RM300 juta berkenaan kerana ia hanya boleh digunakan dalam keadaan darurat.

Tabung Warisan Johor berkenaan ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1990-an.

“(Sekarang ini) kita ada banyak lagi (wang) dan kita tidak gunakan wang tersebut kerana kita tahu ia hanya boleh digunakan untuk kegunaan kelangsung­an budaya dan berkaitan air ( dalam keadaan darurat),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia