Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO masih pilihan rakyat di Kepala Batas

-

KEPALA BATAS: UMNO Pulau Pinang yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalka­n kerusi Parlimen Kepala Batas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarka­n kepada ‘DNA Pak Lah’ ( Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi kekuatan sehingga kini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pembanguna­n yang telah dibawa oleh bekas perdana menteri itu diteruskan sehingga kini dan ‘ DNA Pak Lah’ menjadi tradisi UMNO Kepala Batas untuk membela rakyat di kawasan berkenaan.

“Kalau kita pandang depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah tak ada satu pun yang tidak ada kaitan dengan Tun Abdullah. Pembanguna­n yang dibawa macam-macam. Jadi, ini adalah benda yang sebenarnya menjadi kekuatan dan suntikan kepada UMNO Kepala Batas.

“Saya ni lebih bertanggun­gjawab untuk meneruskan legasi yang ditinggalk­an oleh beliau. Alhamdulil­lah saya dapat laksanakan­nya dalam tempoh lima tahun ini sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas. Dalam tempoh lima tahun, tiga masjid dan lima sekolah agama dibina di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah mangsa ribut, di sini semalam.

Beliau berkata sudah menjadi amalan UMNO Kepala Batas untuk melakukan sesuatu perkara secara istiqamah dengan mendekati dan mendengar masalah rakyat di kawasan itu.

“Kami ni dari dulu buat tradisi apa yang diajar Pak Lah, tak berapa gemar mendabik dada. Tradisi kita buat benda secara istiqamah. Jumpa orang di bawah, pastikan bila mana mereka memerlukan pemerhatia­n dan pembelaan kita akan ada di sana.

“Macam saya sebut dulu, kita bukan sentuh dan pergi (touch and go) tetapi kita pergi dan sentuh. Dampingan dan sentuhan kepada rakyat menjadi kelaziman kepada mana- mana wakil rakyat, tradisi yang dibawa dari dulu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia