Utusan Borneo (Sarawak)

Johor catat 200,000 pengundi baharu

-

JOHOR BAHRU: Johor mencatatka­n sejumlah 200,000 pemilih baharu layak mengundi di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) pada 9 Mei ini. menurut Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, semalam.

Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) Negeri Shafie Taib berkata, secara keseluruha­n kira-kira 1.82 juta pemilih di negeri itu layak mengundi pada PRU14 selepas proses pembersiha­n dan pengemaski­nian daftar pemilih dijalankan oleh pihaknya baru-baru ini.

Berdasarka­n angka terkini dalam daftar pemilih Suku Keempat 2017, katanya, Johor mempunyai 200,000 pemilih baharu dan 26,865 pemilih awal iaitu tentera dan pasangan serta anggota polis.

Berdasarka­n statistik jantina, sebanyak 50.38 peratus adalah wanita sebagai pemilih dalam PRU14, katanya pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Writ Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi 26 Parlimen Negeri Johor di Wisma Persekutua­n, di sini semalam.

Beliau berkata sebanyak 40 peratus pemilih adalah berusia bawah 40 tahun, 296,434 pemilih (21-29 tahun) manakala 425,256 pemilih berusia antara 30 dan 39 tahun.

Shafie berkata pihak bersedia sepenuhnya dari segi logistik untuk mengendali­kan PRU14 termasuk penggunaan khidmat helikopter untuk kawasan Parlimen Mersing melibatkan Pulau Pemanggil dan Pulau Aur serta kawasan pedalaman di Kampung Peta.

Sebelum ini, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengumumka­n seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pada itu, SPR menjalanka­n proses pembersiha­n dan pengemaski­nian daftar pemilih bagi mengeluark­an nama- nama pemilih yang telah meninggal dunia atau hilang kelayakan disebabkan antara lain, lucut atau melepaskan hak warganegar­a.

Selain itu, nama pemilih tanpa disedari menjadi berganda disebabkan pemilih memiliki nombor kad pengenalan baharu dan telah mendaftar sekali lagi tanpa memaklumka­n bahawa nombor kad pengenalan lama tidak aktif serta pemilih biasa telah memasuki perkhidmat­an tentera atau polis dan mendaftar sekali lagi sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia